Pencuci pinggan Joy. Pernah cuba pencuci pinggan Joy Sharifah Shahira punya iklan tak. Yang susun pinggan kat dalam stadium tu. Bab jenama pencuci pinggan ni, aku punya tangan agak sensitif banyak bukan sikit. Pencuci tak sesuai, mulalah gatal-gatal jari. Habislah menggerutu jari kena garu, sampai lukalah. Punya hodoh gatal dia.
Dulu aku pakai pencuci jenama S, fikir banyak kali bila harga jenama S mahal sangat cecah harga RM7. Sekali aku belilah jenama yang baru keluar aku letak jenama LR. Jenama LR murah pastu ada banyak pilihan perasa. Perasa bukan untuk minum, tapi perasa untuk bau. Sesuai pula dengan tangan.
Yang pergi beli pencuci Joy ini penangan promoter yang buat promosi kat tescolah. Lalu depan dia tak ambil kisah pun, berlalu saja nak ambil jenama LR. Tapi jenama LR pula habis. Aku pun ambillah juga jenama Joy ni kat rak belakang. Aku ambil yang paket tambahan. Nak cuba dulu.
Aku jalan teruslah tak lalu pun depan promoter sekali promoter kejar aku dari belakang tanya kenapa aku ambil paket tambahan. Promoter tu suruh cuba yang botol besar percuma botol kecil tengah buat promosi harga RM 12.00. Aku cakaplah tak apa sebab aku nak cuba dulu. Tapi aku beli juga jenama joy RM 12.00 dapat lagi barang tambahan percuma span pencuci satu.
Aku ingat kata promoter tu, pencuci joy ni terbukti berkesan untuk cuci kuali periuk berminyak hanya dalam satu titik. Balik rumah aku cuba, aku nak buktikan betul ke promoter tu cakap. dan nak buktikan betul ke iklan di tv. maklumlah, banyak iklan yang tak betul pun.
Siap masak, aku cuba pencuci Joy untuk cuci kuali berminyak. Aku letaklah setitik dalam kuali, pastu gosok dan cuci. Sekali aku dapat result pencuci Joy ni memang terbukti. Setitik memang hilang kesan minyak. Tak perlu nak basah pakai air panas atau air suam pun. tangan aku yang sensitif pun tak rasa gatal. Memang betullah jenama pencuci pinggan Joy ini berkesan.
Ini bukan iklan berbayar yer.
nureen x suka joy sbb x tahan bau dia..
tgh bwk budak tue x thn bau..
lebih suka glo apple, yg limau n lemon x brapa suka hehehe
tp mmg betoi joy sgt berkesan
masih dalam mabuk-mabuk nureen ni…lepas ni tak apalah kot.
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
Nak tergoda juga dengan Joy ni. Mulanya macam Emalah, nak cuba yang kecil sekali tengok harga dekat RM5. Terus cancelled manalah tahu iklan aje lebih. Pinggan mangkuk kat rumah tu bukan main tak terkira banyaknya. Pengsanlah kalau asyik dok bubuh pencuci pinggan aje.
So ni kira terbuktilah memang setitik pun dah cukup ya. Nanti saya nak cuba jugalah. Bab alergi tu, dulu memang teruklah kulit tapak tangan mengelupas tapi la ni dah hilang jauh alerginya 🙂
Mummydearie recently posted…I ‘mc’ lah you …
memang berkesan MD, ema cuci bekas salut coklat pun dengan titikkan dalam bekas coklat tu, terus cuci dengan span..tak rasa ada minyak pun..licin terus.
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
Betul ema, akak setuju. Sbb ari tu akak beli dynamo, saje amik yang ada free sample Joy. Skali cuba mmg banyak buih. Tapi kiterang masa shopping tu baru beli jenama S. So kena tunggu S abih dulu pasni mmg nak pakai Joy.
Ema pun dah mula serasi dengan Joy ni…tangan pun tak gatal..jenama S tu apa yer..yang botol hijau tu ke?
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
akak pun guna pencuci joy juga ema,
bubuh sikit pun banyak buihnya 🙂
baguskan pencuci joy kan kak.
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
SA suka sunlight…hehehe…
suriaamanda recently posted…Souvenir dari Jepun…
dulu sunlight yang menjadi pilihan..tapi harganya agak mahal..dan yang murah sesuai pula dengan masalah gatal…makanya, baik pilih yang murah terus,
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
puteri pun suka guna joy sekarang ni..dulu ingatkan sekadar iklan je..hehe tapi memang berkesan kan sis 🙂
puteri kasih recently posted…Genap 3 Tahun
ini baru iklan yang betul kan..bukan iklan beria-ia tapi habuk pun tak ada.
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
wah kuat tu, setitik pun dah boleh bersihkan minyak. kena promote kat orang rumah lah…
Denaihati recently posted…Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki
try dulu botol kecil tuan denai..pastinya orang rumah akan suka.
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
Setakat ini saya belum pernah lagi mencuba Pencuci Pinggan Mangkuk Joy… Biasanya saya guna Pencuci Pinggan Mangkuk Labour.. Lain kali nak cuba juga beli JOY…
Anuar recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 (Online)
lepas sunglight saya pilih labour..labour antara termurah kan…
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
masih setia dengan sunlight, tapi boleh cuba yang nikan ema..macam menarik aje..
Raudzah recently posted…Unta Bercakap Kerana Selawat Nabi
boleh try pek yang kecil dulu kak.
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
saya pakai jenama GM..kadang-kadang jenama G..tengok yang mana murah..ada kawan masuk contest Joy ni siap dapat pencuci percuma..macam best je..
Tahukah anda kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan
zara recently posted…Tips Atasi Kejang Kaki Semasa Hamil
kalau jenis yang tak ada masalah kulit dengan penggunaan mana-mana pencuci pinggan..tak apa boleh pilih yang mana saja.
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
okeh.
esok gak gua carik itu pencuci.
titan recently posted…Final Piala Thomas 2014, Duit Blogging dan Hari Kahwin.
amboi dah termakan ayat saya ke…hehehe.
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
Ohhh macam best aje..leh try nanti ni..kena bagi tau isteri ni..haha
Hafizul recently posted…Jangan Menaruh Harapan
memang best..patut try lah..tak payah bagitahu isteri..terus pergi beli jer.
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
Ha’ah betul tu. Lagi satu, dia cakap satu botol boleh tahan 3 bulan. Haha Memula saya jawab jugak yg promoter tu cakap, “kalu tak guna, bertahun-tahun pun boleh tahan”. Tapi saya beli jugak yang botol besar masa promosi di The Store Pacific, dapat harga RM 8.99. Memang dah lebih dari 3 bulan dah pun, tapi baru separuh botol je guna.
Siti recently posted…Sambal Planet Kuching, Sarawak
dapat berjimat lagikan pencuci joy ni. harap ianya mengekalkan harga.
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
Iklan ni lah yang selalunya over sangat ni. Boleh menyeberang ke Singapura. hahaha
biar over tapi berkesan…banyak tu berpuluh ribu pinggan boleh dicuci.
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
bolehlah cuba Joy plk lepas ni….tq sebab berkongsi pengalaman…
NOREHAN SAAD recently posted…SURAH-SURAH AMALAN KETIKA MENGANDUNG
terima kasih. mana yang baik kita kongsikan.
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
murah la juga harganya eh.. rege 12 gitu je utk botol besar siap dpt free lg
ietams recently posted…Majlis Pelancaran Produk Baru Havarline Diamond D-Collagen, Royal Chulan Damansara
memang murah…tu pasal beli pun dah tak fikir apa
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
tak pernah cuba lagi pencuci joy.. saya lagi suka guna axion sbb dlm mangkuk dan senang ambik.. tak perlu picit2… 😀
Hairul Hissam recently posted…Tips Menghias Rumah Kelihatan Lebih Besar & Testi Pembeli Rahsia Bun “Nak Ke Kursus atau DVD jee?”
saya pula tak tahan dengan axion…sekali guna terus mula gatal-gatal tangan…
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
cakap betul-betul…silap cakap naya nanti…. cap harimau jenama apa yer.
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis
termakan pujukan promoter erkh.. kalau berkesan terima kasih pada promoter kalau tak berkesan..jawabnya penipu punya promoter.
emarieys recently posted…Purple Walk Dengan Artis