Holla, holla. Cuti sekolah dah tak lama. Lagi 2 minggu sekolah, lepas itu sebulan lebih cuti. Alahai, kesian pula anak-anak cuti sekolah hanya duduk di rumah saja. Ermm, macam nak plan bawa anak-anak ke Penang lah. Kenapa aku pilih Penang?
Antara banyak-banyak negeri, Penang adalah tempat yang dah lama tak pergi. Yea, aku pernah sampai ke Penang itupun atas sebab berkursus. Masa itu, tak berpeluang pun nak melawat tempat-tempat yang menarik seperti Penang Bird Park, Colonial Penang Museum, Penang Street Art, Penang Hill, Batu Feringgi dan banyak tempat lagi. Teringin nak pekena Nasi Kandar, Pasembur, Char Koey Teow yang sememangnya makanan popular kat Penang ni. Fuhh, terus rasa lapar.
Tak boleh tunggu lama ni. Nak kena cari syarikat yang tawarkan pakej melawat Penang yang sedia pakej kombo, PENERBANGAN + HOTEL. Lagi mudah. Tak pening kepala nak buat satu-satu.
Taraa, aku dah jumpa pakej kombo PENERBANGAN + HOTEL di Penang. Ini dia Penang Tour Packages dari Traveloka Malaysia. Wah, tak sabar ni.
Penang Tour Packages
Dengan Traveloka Malaysia, boleh melawat Penang dengan lebih mudah dan murah. Boleh pilih pelbagai jenis pakej pelancongan dan mengubah suai kombinasi yang kita nak. Biasalah, bila tarikh cuti sekolah harga agak mahal tapi tidak sama sekali dengan pakej kombo dari Traveloka Malaysia. Siap ada diskaun lagi. Ia sangat berbaloi dan dapatlah bercuti dengan gembira.
Cara Tempahan Penerbangan + Hotel
Cara untuk membuat tempahan penerbangan dan hotel dengan Traveloka sangat mudah. Caranya:
- Pergi ke website https://www.traveloka.com/en-my/packages . Pilih destinasi untuk berlepas dan destinasi untuk tiba. Masukkan jumlah penumpang, pilih tarikh penerbangan pergi dan balik sekiranya perjalanan dua hala.
- Tempah bersama dan jimat 15%. Pilih hotel di destinasi percutian. Masukkan tarikh untuk check-in dan check-out dan masukkan jumlah orang serta bilangan bilik.
- Tekan search flight + hotel, terus dibawa ke halaman senarai hotel yang ditawarkan beserta penerbangan. Pilih hotel yang mana nak.
- Berpuas hati dengan pilihan hotel dan penerbangan, tekan continue to booking. Masukkan maklumat orang yang membuat tempahan dan maklumat traveller. Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat.
- Membuat pembayaran.
- Pembayaran berjaya. E-tiket dan baucer akan dihantar ke emel yang didaftarkan.
Terma dan Syarat
- Diskaun 15% untuk penerbangan tempahan hotel + dengan diskaun maksimum belanja RM70 dalam satu Booking ID.
- Untuk penerbangan tempahan hotel +, kod kupon hanya sah dengan transaksi minimum RM400 sahaja.
- Sah untuk semua tempoh perjalanan dan sistem penerbangan kecuali Air Asia.
- Sah untuk semua hotel, jenis bilik dan tempoh penginapan.
- Hanya sah untuk penerbangan berlepas atau tiba ke Malaysia sahaja.
- Sah untuk satu kali penggunaan sepanjang tempoh promosi itu.
- Diskaun sah untuk tempahan melalui laman web Traveloka, laman mudah alih dan Applikasi Traveloka versi minimum 2.15.0 (Android / iOS)
- Promosi ini tidak boleh digabungkan dengan promosi-promosi lain.
- Promosi ini hanya boleh digunakan bagi urus niaga dibuat dalam Ringgit Malaysia.
- Tempahan bermula 15 Oktober – 15 November 2018.
- Tempoh penginapan: Bila-bila masa.
Tak boleh tunggu lama lagi ni, kena buat tempahan sekarang.
Plan Perancangan di Penang 4 Hari 3 Malam
Untuk jadikan percutian yang sangat teratur, aku sertakan sekali plan perancangan untuk bercuti di Penang nanti:
Hari Pertama
- Dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Tiba di Penang, ambil pas Rapid Pulau Pinang ke Terminal Sungai Nibong. Naik teksi terus ke hotel. Daftar masuk dan rehat.
- Destinasi pertama pergi ke Penang Street Art melihat sejarah dan reka bentuk seni sepanjang jalan.
- Melawat Muzium Negeri Pulau Pinang, Upside Down Mesum dan lain-lain muzium.
- Mencari masakan paling menarik dan melawat Little India.
- Balik hotel dan tehat
Hari ke-2
- Ke Penang Bird Park untuk melihat pelbagai spesis burung.
- Berhenti di satu perhentian yang berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang. Melihat keajaiban kejuruteraan pembinaan jambatan itu sendiri
- Jalan-jalan cari makan pekena Pasembur.
- Balik hotel dan rehat
Hari ke-3
- Makan roti canai yang sedap di Transfer Road.
- Naik Bukit Bendera untuk menikmati pemandangan bandaraya yang indah.
- Singgah di Kek Lok Si Temple, kuil Buddha terbesar Asia Tenggara
- Menikmati hiburan malam hari di Batu Feringgi.
- Balik hotel dan rehat.
Plan perancangan pun dah ada, tempahan penerbangan dan hotel pun dah ready. Tunggu aku apply cuti lah pula. Yealah, anak-anak jer yang cuti sekolah..mak paknya bukan cikgu kenalah memohon cuti dulu. Harap bos lepaslah..tak lepas naya wey… Doakan untuk pelepasan cuti aku ni yea. SELAMAT BERCUTI semua.
wpon dekat je ngan Penang, tp selalu takde masa nk xplore. rasa nak juga la walau sekali utk xplore penang. huhu
Mmg berbaloi pakej ni sbb dpt saving RM utk harga kombo
kalau mai Penang habaq laa..Murni duk Bayan Lepas Penang
Penang.. heaven utk mkan makan
Azni recently posted…Tips Shopping di Perth yang wajib korang tahu
Pakej menarik ni. Ruginya hr tu tak gunakan pakej ni. Loas ni kena rajin tgk Traveloka
Best yer holiday penang. huda pun dah 7 tahun tak jejak kaki kat penang!
Huda recently posted…Seminar “Be a Better Trader ” Bersama Analyst dari Maybank Investment
Alaaa baru balik dari penang baru baca ni.
Menarik, lama dah teringin ke Penang.
penang..syok oo sekrg dah ada macam2..
kalau pergi bercuti memang wajib cari pakej yan murah dan berbaloi, almaklumlah family ramai 🙂
ajumohit recently posted…Bercuti ke Swiss Garden Beach Resort, Kuantan