Loading...
AqeelAzwaParentingPerkhidmatan

Pembukaan Trutti Frutti di Lake Field Sungai Besi..Jom Serbu

malam tadi terasa sangat anak tekak nak makan aiskrim dari Trutti Frutti (mengada-ngada anak tekak ini). malah masa baca blog member yang bercerita pasal trutti frutti pun dah menggoda biarpun tahu harganya mahal.

Trutti Frutti

Pembukaan Trutti Frutt di Lake Field Sungai Besi pada 14 Januari dan di Terminal Bersepadu Selatan pada 7 januari 2012. Dua-dua tempat yang paling dekat dengan rumah. tapi malam tadi kami pergi dekat Alam Damai, Cheras. sebab apa? sebab tak tahu ianya dah dibuka kat sana. bila tanya staff trutti frutti alam damai tu baru tahu. ruginya, kalau tak mesti dapat diskaun.

masuk kedai, pilih bekas (ada hijau ada pink), pilih aiskrim yogurt perisa apa, pilih nak letak buah hiasan (boleh dimakan), pastu timbang…pas timbang bayarlah baru boleh makan.

ema pilih perisa coklat dan letak kacang..harga RM 15.++

yang ini mr ery punya perisa vanilla harga RM 14.++

yang menghabiskan adalah mereka-mereka ini

tengok apa tu kakak? ngap jerlah..mama pun nak ni

si aqeel duk mengutip gula-gula

semua sekali RM 29.++. amacam boleh tahankan harganya. itu pun tak ambil buah-buahan. kalau ambil konpem melayan RM 50.

anak-anak seronoklah dapat makan aiskrim ini lebih-lebih lagi si kakak tu.

beria-ia nak makan lagi….oppsss, sekali sekala bolehlah.

About emarieys

Ema has written 1178 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE