Pemanduan Berhemah.
Dah petang baru nak update blog..kekangan masa bagi orang yang kerja makan gaji ni. minggu ini busy minggu depan seminggu tak ada kat pejabat…alasankan. Hari sabtu lepas, ada program kat kawasan perumahan KMT. Nama programnya “Defensive Driving Action is Better Than Reaction”. Program ini anjuran pelajar jurusan Diploma Pengurusan Awam Bil 1/2013 (memang akan disebut bilangan itu bila berucap) dari INTAN Kampus Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah dengan kerjasama penduduk KMT dan dari kementerian seperti Kementerian Pengangkutan, JPJ dan KPDNKK.
Program ini dibuat pada hari minggu hari Sabtu, ingatkan akan ramai yang hadir tapi malangnya sambutan sangat mengecewakan. Tidak sampai separuh malah suku pun penduduk kat sini yang hadir. Ada salah seorang AJK Penduduk yang bagitahu “macam inilah selalu, setiap kali nak buat program..tak ada sambutan…walaupun surat dihantar” .
Agak segan sebab program ini adalah program percuma malah mereka yang menganjurkan pun datang dari jauh tapi sambutan sebegini rupa. Program ini telah dirasmikan oleh wakil dari Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Senarai nombor yang ke-9 bagi pendaftaran. Nombor pendaftaran ini dipegang untuk cabutan bertuah.
Aktiviti Hari Pemanduan Berhemah.
Di dalam program ini diterangkan cara-cara pemanduan berhemah, cara-cara memeriksa fizikal sesebuah kenderaan itu selamat atau tidak. Penerangan ini tidak membosankan kerana setiap penerangan diselitkan tayangan video kemalangan yang berlaku berpunca dari sikap pemandu itu sendiri.
Orang belakang pun kusyuk tengok video…
Sebelah petang pula, ada sesi demonstrasi teknik kawalan stering dan latihan asas pemanduan berhemah. Korang nampak tak mereka-mereka sambil tengok demonstrasi sambil pegang helmetkan.
Inilah yang jadi tumpuannya. Tukar helmet baru kepada yang lama. Yang peliknya, tetiba pula jadi ramai. Masa dengar taklimat tak nampak pun anak-anak muda tapi bila masa nak tukar helmet tetiba muncul pula anak-anak muda kat sini.
Lepas tukar helmet, masing-masing masuk dewan balik sebab menunggu nombor cabutan bertuah.Ada lebih kurang 25 hadiah disediakan antaranya bekas plastik, bekas minuman dan 10 hadiah hamper berisi makanan. Adakah bertuah?
Yeah, bertuah juga hari itu. sebab mr. ery dapat bawa balik bekas plastik. aku? Aku dapat bawa balik hamper. selalunya memang susah nak bertuah..tapi bagi mr.ery memang sentiasa akan bertuah. mungkin aura, mr.ery ada kat sebelah, itu sebab nama aku bertuah juga…hehehe.
Si kakak Azwa pun dapat hadiah saguhati sempena pertandingan mewarna. Inilah hasilnya pergi program percuma. Hah, sekali dua helmet dapat tukar yang baru.
Eh, ada lagi goodies yang dapat tau..ini tamak ke apa….hehehe. Yang pasti, poster berkeping-keping tu nak buat apa.
Sekian.