Ramai bertanya bagaimana rupa bilik kat Meritus Pelangi Beach Resort & Spa ini.

Bilik Meritus Hotel

Inilah rupanya….seminggu stay kat sini menghabiskan musim cuti pada minggu kedua baru-baru ini.

 Dapat masuk bilik terus baring…penat sangat.TV LCD…Channel tak banyak…tapi yang penting wifi freePintu sebelah kiri tu pintu menuju ke bilik mandi dan membuang.

 Bilik mandinya…tak ada bath tab okey..cukup mandi poolside dan pantai kat luar nanti.

Nak letak satu katil lagi pun muat..

Almari pun kat dalam bilik mandi sekali

Shower, syampu, losen, berus gigi habis aku rembat bawa balik…hehehe..eh3x..itu dah charge harga bilik sekali tau.

Nak membuang kena hati-hati…kan seronok tengah membuang tetiba ada mata-mata yang hendap si sebalik tingkap cermin tu…..terus tak jadi membuang….jangan risau ada sliding doornya..

Bukan main lagi budak dua orang ni….sorang satu punya katil…Nampak instagram Nabila Huda…pun pernah stay kat sini…

 View dari balkoni bilik…walaupun dapat view garden…tapi tak adalah garden sangat…nampak juga lautnya.. lagipun kami punya bilik tingkat atas.

 

Seronoklah diaorang…dapat bilik atas..dapat main bubble lagi..

Yang tak menahan..paling seronok adalah tidur…

Satu-satunya hotel yang kasi free minuman dalam minibar…hari-hari minta ditambah air dalam mini bar…air bergas lagi…

View pada waktu malam..

Eh anak aku..kan pecah siapa nak bayar…

 

Ini nombor bilik aku ten ten a.k.a 1010.

Hari pertama kat sini, aku dah tertukar chalet..naik-naik tengok bukan nombor bilik aku…

Chalet semua diperbuat dari kayu dan warna coklat gelap…hingga aircond punya compressor aircond pun dicat warna coklat.

Dah macam duduk kat kampung.

Betul-betul depan bilik aku, ada tempat untuk naik basikal..sejam pertama free…lebih sejam kena bayar…cukuplah naik sejam..tak boleh ke mana pun..setakat ronda dalam kawasan hotel jer..

View poolside…nanti dah terang aku tunjuk poolsidenya

Tidur lagiii….

Berapa satu malam kat sini?Kalau hari-hari biasa RM 600++ tapi kalau hari cuti RM 800++
(ini abang buggy yang bagitahulah)

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *