Rentetan kisah pelamin indah khabar dari rupa. Terbaca di post facebook mengenai rekaan pelamin indah khabar dari rupa dan review dari pengantin baru sendiri mengenai servis salah satu butik pengantin di Kuala Lumpur. Pengantin dari Johor telah menggunakan khidmat sewaan pelamin untuk menolong kawan. Mungkin butik andaman ini adalah kawan kepada pengantin sendiri.
Aku turut bersimpati kepada pengantin baru dengan kejadian ini. Bukan mudah untuk pengantin baru menerimanya lebih-lebih lagi di hari bersejarah mereka. Aku nak kongsi sedikit pengalaman aku yang pernah mengikut my mom buat kerja memasang pelamin. Korang pun tahu kan, my mom ada butik pengantin di Kelantan.
Kerja Bukan Mudah
Kerja memasang pelamin ini bukan kerja mudah. Perlu tenaga dan masa yang lebih. Jika pelamin itu grand, maka masanya sangat lama untuk disiapkan. Lagi-lagi pekerja my mom hanya tiga orang saja termasuk salah seorang adik ipar. Itupun adik ipar malam baru boleh, sebab siangnya dia kerja. walaupun adik ipar dah boleh diharap untuk pasang pelamin mengikut gambar yang diberi, my mom tetap juga pergi untuk tengok. lebih puas hati dan menjaga reputasi bisnes.
Orang cakap tamak, dalam sehari sampai dua tiga tempat majlis sanding diambil. Kalau dah itu cara rezekinya, bukan tamak pun, tapi perlu pandai uruskan masa untuk menyiapkan satu pelamin jika hari sandingnya sama. Cara my mom buat, seminggu sebelum majlis, my mom akan hantar kelengkapan ke rumah pengantin. Sesetengah rumah pengantin akan mula dipasang rangka pelamin dan akan menyiapkan sehari sebelum hari persandingan. Selalunya terjadi bila majlis dibuat pada hari raya. My mom akan menyiapkan lebih awal, yealah, takkan malam raya my mom nak buat kerja di rumah orang. Bakal pengantin perlu faham dan my mom akan terangkan dulu sebelum dipersetujui.
Pernah my mom terima tempahan last minit. ada juga esok nak sanding hari ini baru cari pelamin. Kes-kes ini berlaku, bila asalnya pengantin tak nak sanding nak buat simple-simple, sekali bila dah datang sedara mara jauh, mula tanya tak ada pelamin ke? Takkan nak sanding atas kerusi saja. Takkan nak sanding dalam bilik? Akhirnya, terpaksa pengantin turuti.
Pernah juga, dah siap pelamin dipasang tetiba tak jadi kahwin pun ada. Terpaksa roboh balik pelamin.
Make-up pengantin. My mom lebih selesa untuk make up pengantin di kedai. Jika pengantin mengambil pakej (pelamin, hiasan bilik, meja makan) my mom akan make up di kedai dulu, kemudian akan pergi ke rumah pengantin untuk touch up.
Baju pengantin.
Kebanyakkan baju pengantin untuk disewa. Jika sewa, maknanya baju-baju pengantin dah pernah orang pakai sekali dua. Selepas pakai terus baju dihantar ke dobi. Ada sesetengah yang nak baju baru, boleh tapi perlulah buat tempahan sebelum 3 bulan dari hari majlis.
Pelamin. untuk kepuasan hati bakal pengantin, sebaiknya pergi ke butik untuk tengok gambar pelamin. Jangan mengharapkan pada gambar, memang ada hiasan pelamin dari keratan-keratan majalah tapi itu sebagai panduan kepada owner dan pelanggan. Ada sesetengah bakal pengantin lebih gemar hiasan pelamin di dalam majalah. mereka akan beri contoh dan minta untuk hias seperti dalam majalah. pelaminnya tidaklah seratus peratus sama seperti dalam majalah, akan ada beza pada design kerusi, ada beza jenis bunga hiasan, ada beza jenis kain.
Bayaran. My mom akan mengambil deposit tanda tempahan dah confirm. Jika pakej biasa, deposit RM 50 pun my mom tak kisah. Jika pakej yang besar nak baju baru, nak design pelamin baru, nak kain baru, nak bunga baru, my mom akan ambil deposit lebih kurang RM 500. Deposit itu, untuk membuat modal mencari barang baru. My mom tak suka mengambil bayaran penuh terus.
Betul cakap si anon, seminggu sebelum majlis sebaiknya pergi ke butik untuk bertanya tempahan yang dah dibuat. Bincang dengan owner apa yang nak ditambah dan apa yang kurang. Kadang-kadang buat tempahan dah berbulan-bulan, pengantin lupa ada yang keperluan tertinggal. bila tiba hari majlis sanding, pengantin bising tak ada sesetengah barang dan mula menyalahkan owner biarpun pengantin sendiri tak maklumkan barang apa yang nak.
Diharapkan kepada bakal-bakal pengantin tidak mengalami nasib yang sama seperti pengantin baru di johor ini. Semoga majlis kalian akan berjalan lancar dan dapat servis terbaik dari butik pengantin yang kalian yakinkan.
Terima kasih di atas perkongsian info… Boleh dijadikan panduan untuk perkahwinan adik-adik nanti… Nak tunggu anak sendiri yang kahwin lambat lagi..
Anuar recently posted…Senarai Finalist Top 10 DiGi WWWOW Awards 2014
sama-sama, bakal pengantin perlu bersedia dari awal hingga akhir baru puas hati.
emarieys recently posted…Melawat Kilang Mamee Di Melaka – Mamee Chef
Perancangan kahwin ni perlu awal.. Kalau last minit selalu akan ada banyak yang tercicir.. Pihak supplier yang selalu akan menjadi kambing hitam..
Btw, cantiknya baju pengantin ada purdah tu.. Nasib baik dah kahwin.. Hahaha..
Moms Avenue recently posted…MLM Shaklee Patuh Syariah?
betul tu moms avenue. dah tahu tarikh sandingnya bila..dalam masa 3 bulan dah kena buat persediaan.
emarieys recently posted…Melawat Kilang Mamee Di Melaka – Mamee Chef
biasanya perancangan majlis kahwin kurang-kurangnya perlu 2 bulan awal untuk majlis yang lancar.
Denaihati recently posted…Tarikh Nisfu Syaaban penting untuk umat Islam
betul tu tuan denai, lebih baik rancang awal dari last minit. barulah majlis berjalan lancar.
emarieys recently posted…Melawat Kilang Mamee Di Melaka – Mamee Chef
Kesian pada yg terkena. Tapi org yg tak bertanggungjawab tu betul-betul tak baiklah sebab rosakkan org punya majlis yg pasti semua kalau boleh nak sekali aje dlm seumur hidup kan..
Kakzakie Purvit recently posted…Pantai timur yang menggamit kami
yealah akak, sanding ni sekali jer…buat kenangan.. bayar mahal-mahal tapi kepuasan hati pelanggan tak dijaga.
emarieys recently posted…Melawat Kilang Mamee Di Melaka – Mamee Chef
Just wanna share..my cousin punya wedding sgt kesian, tempah caterer 6 bulan sebelum kahwin.Duit semua bayar.Masa wedding satu makan pun tak sampai. Last last uncle I kena jamu nasi dgn lauk yang di beli dari beberapa kedai mamak serata damansara.Kesian tul…caterer to tak terus terang dari awal pekerja dia semua lari tu. Kot bagi tau awal awal senang la buat back up plan. Ni tidak kot hari kahwin satu biji nasi pun tak sampai.
cindyrina recently posted…HISHOP! SO ANNOYING…JUST SAYING…
keterer pun buat hal. merosakkan majlis orang dan memalukan keluarga pengantin saja. takkan pekerja lari sehari sebelum. habis tu dapat bayaran balik tak.
emarieys recently posted…Melawat Kilang Mamee Di Melaka – Mamee Chef
Orang bayar kan.. bukan murah2.. orang nak cari duit bukan senang.. bila jadi benda2 yg tak memuaskan hati pelanggan sure pelanggan akan frust..
Zaza_MyMoon recently posted…Satey Kampung Jawa, Melaka
yealah, diaorang ni ingat pengantin cop duit agaknya..tak fikir langsung pasal majlis orang. tahu kaut untung saja.
emarieys recently posted…Melawat Kilang Mamee Di Melaka – Mamee Chef
mmg ngeri la kalau kena gaya gini
bayar punyalah mahal
gini hasilnya
tak baik betul la
kesian
ellynadyra recently posted…Langkawi – Part 2
punca nak tolong kawan…gini jadinya.
emarieys recently posted…Melawat Kilang Mamee Di Melaka – Mamee Chef
cantik pelamin dia.
moga perniagaan terus maju
🙂
terima kasih akak.
emarieys recently posted…Melawat Kilang Mamee Di Melaka – Mamee Chef
kalau tamak ambik order tapi tak pandai uruskan kerja…
mmg teruk bisnes kena hentam nanti..
lagi2 ada fb nie.. sekejap jee tersebar..
bisnes sendiri yg rugi 😀
Hairul HIssam recently posted…Cara Membuat Alamat Email & Cara Mendapatkan Ebook Percuma Terbaru Hairul
sebarang melalui fb paling pantas sekali.
emarieys recently posted…Melawat Kilang Mamee Di Melaka – Mamee Chef
Kadang-kadang apa yang dipasang tidak sepadan dengan harga yang diletakkan. Semoga bakal pengantin berhati-hati terhadsp kes seperti ini.
Kamil Salleh recently posted…Piala Dunia 2014: Penyu Big Head Ramal Brazil Menang Lawan Crotia
itu jenis yang nak kaut untung. mahal biar padan dengan designya.
emarieys recently posted…Melawat Kilang Mamee Di Melaka – Mamee Chef
Sedih baca cerita pelamin tadi tu, dugaan betul pengantin tu. Gambar tu pelamin yang butik mak Ema buat ke? Cantik tu…kelasss..
Nia Mk recently posted…Ibu Mengandung Minum Ais – Bahaya Untuk Bayi?
Sedih baca cerita pelamin tadi tu, dugaan betul pengantin tu. Pelamin tu mak Ema yang buat ya? Memang cantik!
Nia Mk recently posted…Ibu Mengandung Minum Ais – Bahaya Untuk Bayi?
kesiankan..harap tak berlaku lagi pada bakal pengantin…a’ah, ini dari butik mom saya..
emarieys recently posted…Melawat Kilang Mamee Di Melaka – Mamee Chef
pasangan pengantin pastinya inginkan yg terbaik utk hari besar mereka
ajumohit recently posted…Cerita Kursus OBS – Part 2
sepatutnya macam sis cakapkan. apa-apa sewaan, tak perlu nak bayar habis…selepas majlis baru lunaskan…jika ada yang tak puas hati, bayaran separuh..jika dah bayar penuh, berlaku pula takpuas hati…nak dapat ganti rugi memang susahlah.
emarieys recently posted…Melawat Kilang Mamee Di Melaka – Mamee Chef
betul tu..walaupun tunjuk gambar pun tak semestinya dapat 100% sama kecualilah memang dari bridal yang sama.
emarieys recently posted…Melawat Kilang Mamee Di Melaka – Mamee Chef
Kesianlah macam tu. Dahlah majlis perkahwinan bukan boleh buat banyak kali dalam hidup ni, tetiba jadi begitu. Mahu pihak pengantin tak mengamuk. Tapi yalah, kena double confirm, kena bincang betul-betul. Kalau dua-dua belah pihak ambil berat, Insya Allah takda perkara buruk yang berlaku.
Mummydearie recently posted…Mommy, Abang dan makanan ….
Ramai juga yang ada experience macam nikan,..kesian dia orang..
Raudzah recently posted…Melayu Tiada Bakat Berniaga?
hoho..
senang je wat pelamin nih. kalau yang untuk rumah la.
tapi kalau untuk dewan..senang gak. Tapi banyaakkkkkk kerjanya. Barang kalau tak cukup..memang sakittt.
titan recently posted…Ya. Aku masih dapat komisen Jobdirumah.
susahlah kalau nak jadi raja sehari tapi buat persiapan pun dalam masa “sehari” jugak… kenalah buat persiapan dari awal dan follow up selalu tempahan yang dibuat supaya tiada yang keciciran…. kesian pengantin tu jadi macam tu ye..dah nasib badan.
Anyway..cantiknye pelamin2 kat atas tu.. 🙂
ctfand recently posted…Hani Dah ‘Kaki Empat’!
Emm dulu..sewa sekali ngn jurugambar..tapi kan last2 minit boleh pulak dia buattak ingt..mujurlah lepas semua selesai, bayaran tolak upah jurufoto aje..huhu..
Hafizul recently posted…Tip Murah Rezeki – Belanja Isteri
Nak cerita ttg pelamin sy di majlis resepsi sy hampir 6 tahun lalu..sy suka yg simple..kaler putih je n hijau sikit2 tang daun bunga2..tak mau sama theme dgn baju pengantin tenggelam pula kan..sy tgk kat megazinebn tgk pic kat kedai andam yg sy ambil..alhamdulillah mereka buat sebijik mcm pelamin yg sy angankan..happy sgt..
zara recently posted…Tips Atasi Masalah Letih Dan Lesu Semasa Hamil
Kesian pada bakal pengantin klau jadi majlis tak seperti diharapkan..
Tapi yela kan, keje kawen ni makan masa dan penelitian supaya kita puas hati kan.
Myra Jay recently posted…Restoran Chuchuk Chucuk Satay Celup
Bakal pengantin kena la alert..x leh nak salahkan sebelah pihak je kan…benda2 mcm ni banyak terjadi…kalau out of concept jadi kutukkan…x baik tutup pintu rezeki orang kan…
suriaamanda recently posted…KLIHF @ PWTC Part 4
pengalaman aku, memang tak seindah yang digambarkan!!! Sakit hati…
tukang karut recently posted…Masam Manis Masin Hidup Berdua… (Yang kecik2 tak termasuk) V2…