Masalah obesiti di kalangan pelajar sekolah rendah.
Semakin ramai pelajar sekolah rendah mengalami masalah berat badan atau obesiti. Baru tahun satu saiz badan dah macam tahun 6. Nak bersukan pun terhad, apatah lagi nak belajar di dalam kelas. Masalah obesiti ini kebanyakan berpunca dari pemakanan harian anak-anak sejak kecil lagi.
Mulai tahun depan, pihak sekolah tidak lagi akan membenarkan kantin untuk menjual makanan dan minuman yang tidak sihat kepada pelajar-pelajar sekolah dan perlu mengikut peraturan yang telah diwartakan.
Makanan dan minuman yang dilarang dijual di kantin sekolah.
- Makanan yang tamat tempoh.
- Makanan yang berupa permainan seperti cincin, gambar dan belon.
- Gula-gula dan coklat.
- Makanan jeruk seperti masam masin
- Makanan ringan yang ada bahan perisa dan pewarna tiruan.
- Makanan dan minuman beralkohol.
- Mee segera.
- Teh dan kopi.
- Minuman berkarbonat.
- Makanan yang bersalut gula atau coklat.
- Ais krim.
- Makanan diproses seperti burger, sosej, dan nugget.
Aduan kepada PBT
Peniaga di luar pagar sekolah juga tidak dibenarkan untuk berniaga makanan dan minuman yang tidak sihat. Pihak sekolah boleh buat aduan kepada pihak PBT.
Aktiviti sihat untuk anak-anak, perlu adakan aktiviti sukan atau senaman hujung minggu. Pihak sekolah boleh anjurkan larian keliling sekolah untuk pelajar overweight dan obes setiap pagi. Ukur tinggi dan timbang berat setiap 6 bulan sekali bagi pengurusan BMI.
Jika di sekolah tidak dibenarkan penjualan makanan yang tidak sihat, maka ibu bapa perlu bertegas dalam pemilihan makanan untuk anak-anak semasa di rumah. Mamaema pun perlu kurangkan anak-anak dengan makanan segera ni.
Obesiti do kalangan kanak-kanak cukup menakutkan… elok cegah daripada awal supaya tidak memudaratkan
anuar recently posted…Komisyen ke 3 Rahsia Uber
Pihak sekolah kena kawal makanan yg dijual dipintu pagar sbb byk yg tidak menyihatkan..
faktor obes ni disebabkan pemakanan sebenarnya. kena hadkan makanan diproses. lebihkan makanan yang dimasak sendiri. beli di kedai pun boleh asalkan bukan fast food
Raihanah recently posted…Suplemen Sesuai Untuk Pesakit Buah Pinggang
Semuanya berkaitan dengan makanan, kalau kita kawal dan jaga diet pemakanan insyaAllah sihat
Khairul Zamri recently posted…Apply Kad Debit Maybank Secara Online
Kalau tak kawal dari sekarang, dewasa nanti mudah dapat penyakit…
Ikhwan recently posted…Apa Kaitan Kempen Pilihan Raya Dengan Iklan
Ramai betul kanak2 obesiti sekarang ni…
Introducer maybank recently posted…INTRODUCER AKAUN SEMASA MAYBANK/CIMB : kaedah berurusan dan testemoni terkini usahawan yg telah berjaya mendapatkan account semasa.
saya makan je berapa banyak saya suka, kekadnag takut gak kolestrol tinggi
tp sukar nak kawal nafsu dengan makanan. Malaysia kaya dengan segala jenis menyedapkan…huhu
indeed its true, sukar nak kawal dgn pemakanan kita sekarang ni.
raihanah recently posted…Pengedar Terbaik Shaklee Bagi Kawasan Gombak, Batu Caves, Hulu Kelang
betul tu…macam2 jenis makanan skrg ni..elok ibu buat bento..kikiki
nurul fatin adiana recently posted…Jangan Buang Biji Labu
gigih bangun awal siapkan bekal anak, tapi kadang-kadang kantin sekolah ada jugak jual nugget dgn sosej, maka, anak pon TERbeli..hurmm~
Pae recently posted…Mudah Letih dan Tak Bertenaga? Tambah Vita-Lea Iron Formula Shaklee Dalam Diet Anda!
semua pihak perlu ambil tindakan termasuk ibu bapa untuk elakkan masalah ni berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Ira recently posted…Kepentingan Penyusuan Di Waktu Malam Yang Ramai Tak tahu