PCR Test di Conakry, Guinea

Kongsi kat sini, esok-esok boleh baca balik.

Pengalaman PCR Test di Conakry, Guinea. Ambil test sebab nak balik Malaysia. Ini syarat Emirates bagi yang keluar dari negara Afrika.

3 kali ambil PCR Test ni. Satu di Guinea nak balik Malaysia, kedua tiba di KLIA dan ketiga di Sunway Medical Centre untuk kembali ke Guinea.

Pengalaman yang berbeza. So, share  yang Guinea dulu.

Baca: Kuarantin Wajib di Malaysia

Booking Date

Pertama kena booking tarikh di page https://covid.insp-guinee.org/. Simple sahaja data yang perlu dimasukkan. hanya nama, nombor passport, negara, nombor telefon, tarikh dan masa untuk PCR.

Kedua, buat pembayaran di ECO BANK sebanyak GNF65,000 lebih kurang USD65 untuk seorang.

Ketiga, datang ke People’s Palace tempat untuk jalankan PCR Test.

Keputusan akan diterima melalui sms atau boleh semak di page yang sama dalam tempoh 24 jam. Slip akan keluar pada hari ketiga.

Hari Pengambilan PCR Test

Sebelum terbang, kena selalu buat semakan dengan Emirates kerana akan berlaku perubahan setiap masa.  Dalam buat semakan, terbaca syarat emirates untuk PCR Test bagi anak-anak 12 tahun dikecualikan. Ini bermakna untuk Ayra dan Aqeel tak perlu ambil.

Yakin dengan syarat Emirates, tapi tidak berapa yakin dengan syarat di sini. Sebab tiada maklumat di mana-mana website.  Aku minta lokal staf buat semakan dengan National Health Guinea berkenaan syarat pengecualian. Dan jawapannya berbeza. Mengikut National Health Guinea, dikecualikan untuk umur 11 tahun ke bawah sahaja. Ini syarat untuk masuk ke Guinea.

Aku minta staf bertanyakan cara nak dapatkan balik duit booking bagi Ayra. Hanya balasan ketawa happy yang diterima. Well memang dah agak tak akan dapat balik.

Seminggu sebelum PCR Test masing-masing semua tak sihat. Demam dan batuk. Mulalah risau dan takut bila keluar result nanti.

Walaupun buat temujanji jam 8.00 pagi, tapi sampai di sana tak ikut pun masa temujanji. Orang memang ramai.

People’s Palace

Peoples’ Palace nama tempatnya dan di bawah khemah inilah, menunggu nama dipanggil. Aku rela berpanasan di luar sebab di dalam terlalu sesak walaupun kerusi ada jarak. Kat sini pun hampir 2 jam lebih tunggu nama dipanggil hanya untuk dapatkan  nombor giliran. Semua pakai manual.

Nama dipanggil dan diberi nombor giliran dan dapatlah masuk ke khemah bahagian menunggu untuk PCR Test. Tunggu lagi nombor dipanggil dan daftar lagi sekali dan diberi alat PCR Test. Next, tunggu lagi.

Tunggu apa? tunggu untuk PCR Test. Tapi bukan ikut giliran nombor, ikut arahan seorang madam yang jaga kat situ. Mana nampak tempat kosong, terus pergi. Yang datang seorang cepatlah dapat..yang ramai ni nak kena pandai panggil “madam..madam”..buatlah muka kesian. Hehehehe. Tak buat macam itu, lagi lama lah tunggu.


Batang rodok PCR Test kat sini besar wey. Rupa macam pengorek telinga tapi panjang. Perasaan debar dan takut semua ada. Tengok orang sebelum pun sampai mengalir air mata.

Dah dapat tempat, doktor akan minta lagi maklumat yang sama. Dekat meja doktor ada sistem sikit, sebab mereka terus key-in data dalam sistem.

Masa untuk rodok hidung pun bermula.

Ikutkan 3 pengalaman, bagi aku kat Guinea tak sakit walaupun batang PCR test lagi besar. Nurse masukkan ke hidung perlahan, then dia akan biarkan sekejap baru masuk lagi ke dalam.

Anak-anak legalah, hanya buat dekat tekak.

Si Ayra okey jer..yang si Abang manja sungguh.

Selesai dan tunggu keputusan keluar.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

One Reply to “PCR Test di Conakry, Guinea | Alat Swab Test Rodok Hidung Besar Wey”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *