Cakk aaa… ada yang rindu tak? ada..ada…tak ada eh….tak ada sape yang rindu pun.. blog je rindu sebab tuannya lama tak update. Tuannya busy dengan jus halia….gituuu..

Seminggu cuti balik kampung lah kita…ke mana lagi kan… Banyak kerja yang nak kena setel. Lebih-lebih lagi kerja tergendala untuk Casa Emarieys ni.. student tengah cuti. Lama tak balik buat spotcheck nak tengok keadaan dalam rumah camana..tukar CCTV..tukar kipas..sapu habuk bagaii..selesai barulah hati senang nak pergi jalan mana-mana.

Pasar Dalam Kebun Getah

First time pergi.. itupun tengok mama bersiap awal pagi “nak gi mana ma?” “nak gi pasar guntong, marilah nak gi” . sebab tak mandi lagi, mama pergi dengan kawan dia..aku pergi dengan Mr.Ery. Rupanya dah lama ada pasar tani dalam kebun getah ni.. aku tahu lepas diviral.

Kampung Guntong pun aku tak tahu area mana…hehehehe..siap call mama nak tuju arah mana…masuk simpang Kampung Nara tu..ke dalam sikit ada nampak kereta banyak..park kereta situlah. Ingatkan mama keluar awal dah sampai…aku juga yang sampai dulu..mama melencong tempat lain pergi makan dulu katanya.

Menarik juga pasar tani dalam kebun getah..ada macam-macam jualan..kuih muih..baju.. peralatan dapur..ikan segar..dan macam-macam lah…kuih tradisional negeri Kelantan memang ada…nasi dagang..nasi berlauk pun ada.  Singgah terus makan pagi pekena nasi berlauk dalam kebun getah.

Time cuaca panas litlit tak risau sangat sebab terlindung dengan pokok..kalau cuaca hujan tak tahulah camana.. Time aku pergi memang ramai lah orang. yealah orang duduk luar Kelantan balik kampung mesti nak singgah sini…dan..dan…dan… apa yang mama bagitahu sejak dah viral, banyak jualan dah naik harga.

Jalan-jalan keliling, nampak satu tempat ada jual baju koko PBSM yang mana nak beli untuk Aqeel.. kebetulan lepas cuti, sekolah Aqeel ada perhimpunan koko..tanya harga RM25 lengan pendek..aku tak beli sebabnya aku rasa ada lagi tempat murah.. esoknya balik KL pergi pasaraya Kawanmu..beli dengan harga RM20.90 sahaja.

Harap janganlah main harga selepas di viral mahupun time cuti panjang.. takutnya orang akan pergi sekali jea.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 Replies to “Pasar Tani Kg Guntong Pasar Dalam Kebun Getah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *