Pantun Hari Keluarga
Ubi kayu untuk dimakan Buat santapan seisi keluarga Assalamualaikum saya ucapkan Sebagai tanda pembuka bicara Hari ini berwarna warni Menyambut hari keluarga kat sini Moga Allah swt memberkati Majlis hari keluarga yang meriah ini Termenung di pagi hari Ayah dah pergi, emak bersendiri Hajjah Wan Jah aset kami Segala pengorbanan tak dapat diganti Dari 11 tinggal sembilan Haji Ibrahim anak yang sulung Berjanggut putih bukan sebarangan Dua isteri perlu ditanggung Perut lapar nak makan nasi Nasi ada di depan mata Kerjanya tangkas tak boleh dinafi Itulah Hajjah Aminah anak kedua Hajjah Seripah anak ketiga Anak ketiga ganas pun ada Naik motor macam orang muda Hisap rokok dah memang tabiat dia Tahun lepas dia mencuba Cuba mengaji di depan semua Semuanya tak disangka Suara Mustapha best juga Dari Kuala Lumpur balik ke sini Balik ke sini berhari-hari Tanda marah merah kat pipi Itulah Maimunah saya sendiri Haji Aziz Mat tak tua-tua Sebab tak tua, duk panggil Pok Muda Duduk Kuantan dah lama Banyak kereta tak tahu nak buat apa Rumahnya tak jauh dekat saja Terima menantu hari yang sama Sanihah Mat orang bersahaja Sekali berurut terkejut semua Gelaran Nik asal dari Raja Tapi dia bukan keturunan sana Itulah Pok Nik gelaran dia Mohd Abdul Halim lah namanya Dari Johor ke Kelantan Anak bongsu keluarga mokwe Order sos tak perlu segan Nak order, orderlah dengan pok we
Ciptaan : tuan blog emarieys.com
Dan sehari selepas majlis hari keluarga yang meriah ini. lahirlah pasangan kembar perempuan ini.
Sekian.