Pantai Senok Bachok, Kelantan tetiba menjadi viral di facebook. Semenjak ada k-pop bagai ramailah yang berangan-angan nak ke Korea kan. Baik mengaku. Nak pergi Korea tu entah bila boleh pergi, tetiba satu lokasi ini menjadi viral untuk sendiri alami suasana ala-ala Korea.
Alang-alang dah ada di Kelantan. Nak juga lah rasa camana suasana ala-ala Korea di Malaysia ni kan, so, pergilah kami. sampai pun dah hampir senja. Tak jumpa jalan yang betul. Follow orang depan (my mom) pergi masuk kawasan kampung. Masuk sana masuk sini, akhirnya jumpa lah juga tempatnya.
Ala-Ala Pulau Nami
Kalau di Korea femesnya Pulau Nami. Di Malaysia kini femesnya Pantai Senok, Kelantan. Disebabkan pantai senok ni dah diviralkan, nak cari parking pun susah.. ramai orang datang sini. pasangan pengantin pun berderet-deret berposing bagai. Tiga beranak ni pun sama, sedap landing masing-masing.
Bangku putih ni ingatkan memang ada kat sini…rupanya orang punya. baru sempat posing sekeping dua. tuan dia datang ambil. siapa suruh tinggal kan. apapun terima kasih tuan punya bangku.
Belakang, depan, kiri kanan memang ada orang posing.
Aku tak tahu tang mana ala-ala Korea nya. Pokok ke? Cuaca ke? Lokasi ke?. Mungkin pokok. Pokok rhu yang ditanam dengan jarak yang sama dan ia cantik tersusun. Daun-daun rhu kering dan luruh menjadi satu pemandangan cantik. Tapi malangnya, pemandangan cantik ini dikaburi dengan sampah sarap merata. Tak ada sivik langsung. Harap ada pihak memandang serius dengan lokasi pantai senok ini dan boleh dijadikan satu tarikan pelancong untuk melawat negeri Kelantan.
Kelihatan ada beberapa bangunan terbengkalai dan kiri kanan jalan semak. Jalan pun banyak yang rosak.
Haah la..cantik…kalau buat wedding photoshoot sure best…erm….pesal jauh sgt….
kalau dah ramai orng mesti banyak sampah… tempat yang cantik pun akan jadi hodoh!!! mentaliti kelas ke 3…
Cantiknya tempat..tapi jauh..huhu
wahhh, cantik mcm kat negeri omputih 🙂
siti hazreen recently posted…Hari Ini Cuti Sakit
Pernah pergi pantai ini masa zaman sekolah-sekolah dulu
Khairul Zamri recently posted…Bidara Syifa Penawar Sihir
tak pernah lagi sampai ke pantai senok kelantan ni.
nanti kalau pi sana, leh la pi melawat sejam dua.
titan recently posted…Boleh KAYA ke dengan Affiliate?
Itulah Ema yg sedihnya mentality masyarakat kita masih ke belakang bab membuang sampah
Ada tempat cantik tapi tak ada rasa sayang sama-sama menjaga.
Nampak romantik lah tempat tu tapi jauhnya nak pergi …
emalin mohd recently posted…8 Kesan Bahaya Anemia Kepada Ibu Hamil Dan Bayi Dalam Kandungan
memang cantiklah ema, tapi pasal sampah tu susahlah sikit sebab mentaliti masih tak berubah
raihanah recently posted…Testimoni Vitalea For Children Bantu Pembelajaran
Pantai Senok Kelantan viral seketika di FB, khabarnya sebelum viral pantai ini bersih. Selepas diviralkan ramai pula yang tidak peka soal kebersihan. Sama-sama la kita menjaga warisan alam ini.
Tengok pemandangan pokok dia… memang cantik 😀
sabree hussin recently posted…Kad Kredit: Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya
cantik mmg cantik…
tapi tang sampah tu sedihnya la hai…
Bagus ada orang tolong viralkan tenpat ni, lebih ramai la yang akan pergi ke sana..tapi hopefully kebersihan tu terjaga la..
Noriza Rahman recently posted…SUUNTO Ambit Multisport GPS Watch Jam Heart Rate Monitor
tempat yang indah dengan pokok-pokok
mmg cantik.. kalo buat photoshoot kawen msti cun .. mmg mcm dh kat korea ni
Lyafrina recently posted…Wall Sticker Deco : Kamar Beradu Anak Gadis
serius..mmg cantik..cuma kena maintain n jga kebersihan aje..
paling ketara perlu disamaratakan adalah mentaliti pengunjung
Belang tarung recently posted…Kenapa Perlu Matikan Telefon dan Peralatan Elektronik Di Dalam Pesawat ?
Pulau nami malaysi cantik la,tpi smph banyk la
Tempatnya cantik tapi malangnya sampah sarap dibuang merata tempat