Pantai di Conakry ni cantik tapi..

Tup tup..eh 6 bulan dah kat bumi Africa ni.

Syukur Alhamdulillah, masih berada dalam kesihatan yang baik. Anak-anak pun sama.

Dalam sekitar 6 bulan, anak terkena demam hanya 1 kali. Cukuplah tu.

Sungguh kesian kat anak-anak, asyik terperap dalam rumah jer.

Keluar sekadar pergi beli barang, pergi makan, Aqeel pergi sekolah dan Ayra ikut hantar abangnya sekolah.

Untuk riadah, tak pergi mana-mana lagi.

Dalam perancangan pergi pulau dan air terjun.

Hanya 2 sahaja tempat tarikan yang ada.

Pantai Hanya Seberang Jalan

Ada pantai di Conakry, tapi tak boleh pun mandi.

Nak hilang bosan, hirup udara segar bolehlah..walaupun tak sesegar mana.

Kakak jangan terasa yer…mama bawa adik-adik jalan untuk hilang bosan jer.

Dari rumah boleh nampak riuhnya kat sini.

Tempat diorang bermain bola sepak.

Menarik bila air surut, boleh turun ke bawah di pesisir pantai

Cuma hati-hati, sebab berbatu.

Tengok matahari terbenam..memang best..

Nun jauh di hujung laut…macam dekatnya sini dengan Malaysia.

Foreigner pun ramai.

Peminta sedekah pun banyak.

Nampak orang luar, inilah peluang mereka.

Kebanyakkannya budak-budak datang dekat minta duit.

Bagi duit, tengok pada keadaan.

Bila mula bagi, datang pula yang lain.

Bila mula bagi, mereka mula akan aim..untuk minta lagi.

So, nak bagi kena tengok keadaan mereka.

Minta duit, ada pula handphone di tangan.

Aku tengok orang tak pelik

gambar dengan anak dari Libya di pantaiConakry

Orang tengok aku macam pelik

Datang dari mana?

Kalau free hair, sah mereka sangka datang dari China.

Rakyat China memang ramai kat sini

Ada plan dari Kerajaan Guinea nak cantikkan pantai di Conakry seperti pantai PD.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 Replies to “Seberang Jalan Jer Pantainya, Bolehlah Hilang Bosan Anak Berminggu Duduk Dalam Rumah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *