Kelmarin cuti 3 hari sempena Hari Malaysia, kami bawa anak-anak berpicnik di Pantai Bagan Lalang, Sepang. Laut yang paling dekat dengan Kuala Lumpur kat sinilah kan selain Port Dickson. Kesian juga kat anak-anak terperap di rumah 3 hari tanpa ke mana-mana. so, last minute punya plan.

Pasar Bagan Lalang

Kat sini boleh dapat ikan-ikan segar dari pasar ikan segar berdekatan. walaupun harganya lebih mahal tapi tahap kesegarannya terjamin.pasar_ikan_segar

Cuti 3 hari, ramai yang beriadah di sini. Ada juga yang buat family day dengan bermacam aktiviti. Kami berpusing dua kali untuk dapatkan ruang yang kosong. Memandangkan kami tak ada khemah, tempat yang lebih baik adalah di bawah pokok. Alhamdulillah dapat juga, bila ada keluarga yang sedang berkemas untuk pulang setelah bermalam di sana.

ikan_segar_bagan_lalang

Anak-anak seronok dapat mandi air laut. Inilah ikan jenahak hasil belian dari pasar segar dan ikan jaket beli di pasaraya NSK. Hanya salut kunyit dan bakar saja.

kaki_bodek

Orang lain punyalah lama nak naik ke darat. tapi aqeel sekejap saja. Dia tengah bodek ayahnya untuk belikan layang-layang…“kalau ayah beli, adik sayang ayah…kalau mama beli adik sayang mama” dan kalau kami dua-dua tak beli? maknanya “tak sayang adik ke?”.

Last-last tak beli pun..hehehe.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *