‘kita hanya merancang, Tuhan yang akan menentukan’.. itulah kebenarannya….
dari KL drive jauh-jauh sehingga ke sepang… niat dihati kami mahu merasa ikan bakar kat Bagan lalang yang selalu diperkatakan orang…
kami sampai kat bagan lalang awal sangat. kedai makan ikan bakar pun tak buka lagi. kami berhentilah kat pantai yang pasirnya memang halus…cantik sangat….SUBHANALLAH…
saya pun tak tahu ada nama pantai ini…hanya nampak signboard bagan lalang saja…. dan tempat penginapan kat sini namanya Gold Coast kot… tentu harganya boleh tahan untuk satu malam ini kan…
plan nak makan ikan bakar saja..tak plan pun nak mandi laut…
kesian si kakak ni..nak mandi air laut sangat…
tapi tak dibenarkan sebab tak bawa baju pun
tapi baju salin untuk adik dibawa pula…
setakat basahkan kaki saja kakak erkh….
lain kali kita berkhemah kat sini.
apa yang pasti kami tak makan pun ikan bakar kat sana…petang kami balik rumah saja…