Pakej ke krabi yang murah.
Okey, baru nak sambung story percutian ke Krabi. Percutian ke Krabi ambil pakej untuk ke 4 pulau. Jejak 4 pulau pun dah ambil masa satu hari. Hari ke-2 di Krabi, bersiap awal pagi nak cari pakej tour island paling murah. Time tu lah baru nak cari pakejnya.. so, agak buang masa sikitlah. Tapi tak apa, kami kan ada driver sendiri. Dia yang jadi pandu arah. kami ikut saja. Satu tempat ke satu tempat jugalah kami pergi tanya.
Ok. let’s go baby.. Ayra pun dah ready nak mandi air laut.
Sebelum tu, singgah dulu kedai makan. Sarapan. Mana boleh pergi ke laut perut kosong, muntah nanti kan. Flawless muka, jangan terpedaya. itu semua kamera hp punya angkara. Nak tunjuk gambar Ayra ni jer…ratu selfie.
Breakfast kat sini (lupa nama restoran) murah sikit dari yang malam tadi. Harganya pun okey, masakannya pun sedap. Siap beli tupperware besar letak nasi goreng untuk 10 orang. Nak makan masa tour island nanti.
Pusing sana pusing sini, matahari pun dah atas kepala. Ambillah satu pakej untuk 4 pulau dengan bayaran 3000baht satu keluarga…so, kami 4 keluarga dalam 12000baht. Ambil satu pakej di mana hanya keluarga kami sahaja dalam boat tu. tak campur dengan orang lain. Naik speed boat, bukan boat kayu. semua tak berani naik boat kayu biarpun pakejnya lebih murah.
Tinggal van depan syarikat tour. Naik van dari syarikat tour hantar ke jeti. Sampai jeti, dah ada boat yang tunggunya. Servis bagus, tak tunggu lama.
Phranang Cave
Tempat pertama singgah. Berhenti sini dalam 45 minit. Anak-anak yang happy sangat sebab dapat mandi.. tak kira dah panas terik pun, janji dapat mandi. Memang cantik tempatnya.
Beruntung adik aku. kira pakej sambut anniversary.
Chicken Island
Tempat kedua. Tak singgah pun. Boat berhenti tengah laut untuk kami ambil gambar. Bertahan panas bontot duduk depan boat semata-mata nak ambil gambar family. Panas gile bak hang.
Lepas posing depan Chicken Island. Boat berhenti untuk siapa yang turun snorkeling. Berani Azwa snorkeling. Antara anak-anak lain, dialah orang pertama yang turunnya. Jernih sungguh air laut.
National park.
Maksudnya pulau-pulau yang dijaga. Walaupun dah bayar untuk tour 4 pulau, nak masuk 2 pulau lagi kena tambah 400baht satu kepala dewasa dan 200baht kanak-kanak. Kalau tak pergi sini, makanya tour kami setakat itu sahaja. Runding punya runding, kami cuma bayar untuk dewasa, kanak-kanak percuma. 2 pulau yang dijaga Poda Island dan Mor Island.
Konon-konon nak tolak batu, tapi aku nampak tertolak kepala ayahsu ni.
Perut dah berkeroncong bunyi minta isi makan tengahari. Nasi yang beli untuk 10 orang tu, kami makan dan berkelah di Mor Island.
Mor Island
Kecil jer pulaunya, dia bersambung dengan Tub Island..Bila air surut dua buah pulau ni bersambung dengan pasir. So, kita boleh jalan kaki rentasi dua pulau ni. sebab terlalu panas terik sampai nak buka mata pun tak boleh, jawabnya tak melintasi pun. Air pun dah cecah ke paha. tak berani pun ada.
Puas hati anak-anak setiap pulau berhenti, tak lepas peluang mandi. Tak kisah dah panas terik terbakar kulit pun…yang diaorang hendakkan..mandi air laut.
Layanlah gambar-gambar yang diambil. Banyak gambar selfie dan welfie lah. Bila tanya Mr. Ery kenapa tak ambil gambar panorama..cantik ni tempat dia…jawabnya “kita bukan nak tengok panorama, kita nak tengok gambar kita sendiri.”.
Tinggalkan kenangan indah bercuti ke Krabi. InshaAllah berkunjung lagi.
bestnya dapat gi krabi..
tak tau le bila nak jejak situ
seronok anak2 boleh melancong
Raihanah recently posted…Berat Maintain Walaupun Raya
Seronoknya..pemandangan pun cantik sangat..kalau boleh nak buat trip macam ni…ikut jalan darat kan…tak banyak sangat belanja….siyes cantik2 gambar ni….kalau nak pergi lagi ajak SA ye..
bagus baby tak meragam
Raihanah recently posted…Fungsi Pelbagai Jenis Detox Ke Atas Tubuh
bestnyaaa,,,,
cantik sgt view tu
Lyafrina recently posted…Random : Aidilfitri 2016
Bestnya bercuti…bila saya pulak nk smpai ni…
seronoknyaa dapat pergi krabi