Loading...
Putaran Masa

Pakaian terpakai

Pakaian terpakai untuk disalurkan kepada yang memerlukan.

Beberapa kotak telah berjaya dikumpulkan.

Dah lama pakaian-pakaian terpakai ini dikumpul dalam plastik hitam dan terperuk dalam bilik.

Memandangkan pihak ibu pejabat ada memaklumkan kepada sesiapa yang sudi bersedekah sama ada dalam bentuk wang tunai, pakaian mahupun makanan.

Tanpa fikir panjang, balik rumah. keluarkan segala pakaian-pakaian dalam plastik hitam dan pilih-pilih dan asingkan yang mana perlu dan tak perlu untuk disalurkan.

Jangan salurkan pakaian yang tak menentu. ada juga dapat tahu, ada mereka yang sedekahkan pakaian terpakai mereka termasuk bra dan panties…aduh, sungguh memalukan.

Pakaian terpakai yang berjaya dikumpulkan

Tapi kotak-kotak masih berada di sini. dalam bilik tempat kerja. masih belum sempat untuk dibawa ke ibu pejabat.

Kalau kotak-kotak ini masih di rumah, jawabnya..hancurlah sebab si anak-anak main lompat-lompat.

Menjerit-jeritlah si mama… “jangannnnnnnn”…

Lagi lama kotak di sini..lagi hancur kotaknya.

Yang ini pakaian terpakai juga. tapi pakaian yang dipakai hari-hari.

Hasil peninggalan seminggu termasuk pakaian seminggu aku di Sarawak.

Sakit pinggang melipat semua pakaian ini..mujur ada PB…hehehehe

Pakaian seminggu yang dikumpul

Jangan tenung lama-lama tau..takut jumpa barang rahsia…hehehehe

Alhamdulilah, berpeluang juga untuk sedekahkan pakaian terpakai ini.

Pakaian terpakai ini akan disalurkan kepada rakyat Rohingya…INSYAALLAH.

Di Malaysia, ke mana tempat yang sesuai untuk disalurkan pakaian terpakai ini?

Masih ada yang sudi ke terima pakaian dari wang tunai?

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge