Menjelang Raya dan Pagi Raya 2011

Malam Raya (29/08/2011)

~ Sibuk kat dapur tolong mom siapkan masakan untuk pagi raya. Kemas rumah. Alih sofa, meja, rak tv dan sebagainya. 2 orang menantu (mr. ery dan pok die) bersihkan ruang legar depan rumah yang diperintah oleh bapak tiri. habis di clearkan barang-barang termasuklah benda yang patut saya pakai hari raya nanti. eeeiii..geram bila diingati…punyalah sibuk kat dapur..langsung tak dengar takbir raya malam tu.. “ma, kita ni beraya ke esok?..tak dengar takbir raya pun” .. surau kat depan tak bertakbir ke?. sebelum tidur gosok semua pakaian raya tak mahu kelam ribut di pagi raya.

Raya Pertama (30/08/2011)

~ Siapkan anak-anak dan uruskan makanan kat dapur.. sembahyang raya kat surau seberang jalan saja… itupun hanya orang lelaki yang pergi…saya tak berkesempatan nak pergi…huhuhu…

~ Setiap kali hari raya, mom akan buat nasi dagang, itik ghutuk, kari udang, acar timun, telur rebus, dan nasi impit bersama kuah kacang dengan isi ayam… nasi dagang mom memang tak dapat ditandingi. sedap wooo makan dengan itik tu… rugi betul mr. ery tak makan itik….

~ Aqeel mahu makan nasi impit sendiri…terus saya letak tisu kat baju melayunya..kan belum sempat beraya baju dah kotor..tak suka la… kalau letak apron apa yang dikata oleh Tukang Karut ni hanya sesuai untuk orang yang badan besar saja tau…hehehe….

~ Aqeel dah pandai gaduh-gaduh dengan ayahsunya…. gaduhlah dulu yea..kejap lagi nak bermaaf-maafan pula.

~ Ini adik saya yang ketiga (bongsu)…kami panggil dia ‘kak’..bongsu antara kami tiga beradik dengan bapa yang sama…masih muda lagi.. jodohnya cepat sangat ni…

~ Inilah adik saya nombor dua..kami panggil ‘angah’… dan paling garang antara kami tiga beradik…saya yang sulung pun mengalah dengan dia ni…

~ Segarang-garang dia pun, mestilah kena hormat dan minta maaf dengan kakak yang sulungkan…hehehe…. sorry yer duit raya tak ada…

~ Minta maaf banyak-banyak tau… walaupun masih muda tapi sebab dah kahwin tak dapat duit raya juga….kasi kat anak saja…

~ Kan dah cakap temanya mahu kuning…tapi tak dapat nak sedondon juga…aqeel punya terus tersasar kaler baju melayu…kita hanya merancang…. hijau dengan kuning tak jauh bezanyakan…

~ Inilah keluarga mom dan bapa tiri…ayahsu tu adik tiri sayalah… dapatlah juga mom saya nak anak lelaki… saya anak-beranak tak ready sebab aqeel marah kat kakak dia yang nak ambil beg kat tangan tu…beg tulah aqeel isikan sampul duit rayanya.

~ Masa ambil gambar ni..aqeel pula lari… takut orang lain nak ambil duit rayanya…

~ Serba oren mom sekeluarga tahun ini..

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge