Loading...
Family

rindu kat padang

As Salam Semua!!

 

dah terlewat mengupdate blog..hari ini kena kerja kat luar lagi tapi untuk separuh hari sahaja. dah masuk opis pun ni.

masa kakak bersukan di padang sekolah minggu lepas tu. tetiba teringat kenangan semasa aku sekolah dulu…. tetiba perasaan rindu menjelma… rindu sama padang…

zaman sekolah menengah dulu, setiap minggu akan aku turun padang.. bila hampir dengan sesuatu kejohanan, setiap hari pula akan turun padang. kulit pun dah tukar warna hitam tapi tak turun padang pun memang dah hitam kulit ni… perasan pula tetiba…

tapi sekarang, turun padang sebab nak tengok anak-anak bersukan. yang zaman sekolah dulu dah lama aku tinggalkan. aku pun tak pasti masih terdaya lagi untuk bersukan seperti dulu atau tidak?..

cer teka..cer teka… sukan apa yang aku masuk masa sekolah dulu?

sukan lari 100m, 200m, 400m, dan lompat jauh pilihan aku dulu…. sebenarnya pelari pecut ke belakang aku ni..ahaks…

selepas SPM aku masih aktif bersukan…tapi bila sambung belajar kat kuantan, sukan terus dilupakan.tempat aku belajar itu, tak ada komuniti sukan… al-maklumlah tempat barukan. so, masing-masing tumpu pada pengajian saja.

pastu bila dah kerja..dah kahwin… dan ada anak ini lagilah makin jauh dilupakan. kalau ada pun tak kuasalah nak masuk larian mahupun lompatan lagi..habis bergegar… dah tak larat dah rasanya…

tapi sekarang, ada juga aktiviti yang aku suka joinkan diri… bila bekerja ini baru aku tahu pasal bowling…. yea, sekarang aktiviti seperti sukan tu adalah bowling… lain-lain adalah juga seperti tarian ke, senamrobik ke… yang itu aku suka…akulah orang pertama yang akan join. cuma satu saja, jangan suruh aku berkaraoke je..yang tu aku memang surrender terus…

dah panjang lebar pula aku bebel ni… layanlah pose kami pula kat padang sekolah menengah sri permaisuri erkh… ingat kakak sorang jer boleh bergaya kat padang? hehehe….

dengan bangganya, si adik terkedek-kedek berjalan… “baris!!!…kiri kanan kiri…”

pose mama yang gedik gitu…

time ini, aku paksa si aqeel jalan sendiri… dia menangis minta didukung… dahlah panas-panas kat tengah padang tu

hari jumaat ini, ada tournament bowling lagi.

sekian.


About emarieys

Ema has written 1239 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge