orang malaysia kerja di Guinea

Jumpa Orang Malaysia Lain Yang Bekerja di Guinea

Orang Malaysia kerja di Guinea.

Jauhnya, mencari rezeki kan.

Akhirnya, jumpa juga orang Malaysia lain yang bekerja di Guinea.

Kenapa Malaysia lain?

Sebabnya, mereka-mereka ini yang bukan menetap lama kat sini.

Ada 1 minggu, 2 minggu, dan paling lama pun setakat 1 bulan jer.

Setel kerja, balik semula ke Malaysia.

Hasil menulis di blog, dapat juga bertemu mata.

Asalnya, bermesej dengan isteri salah seorang dari mereka jer.

Walaupun aku sendiri tidak bertemu mata, dah wakilkan Mr Ery tu.

Sebelum mereka ni balik, sempatlah dibawa ronda-ronda Conakry.

Dengarnya, beli souvenirs.

orang malaysia yang kerja di Guinea

Maklumlah, bukan negara tourist kan..so, tak banyaklah pilihan.

Bawa orang tempatan, walau tetap kena ketuk harga, tak adalah teruk sangat kot.

Yealah, mana nak faham diaorang cakap apa kan.

Singgah tempat makan pun tempat yang biasa juga yer.

Hehehehe.

Nak datang ke Guinea ni, walaupun datang beberapa hari, maklumkan lah kehadiran kepada embassy.

Tak ada masa nak datang embassy, just emel jer nama, no untuk dihubungi, datang bila, balik bila, stay mana.

So, embassy tahu ada rakyat Malaysia lain di sini.

Lagipun ini negara yang selalu berlaku konflik.

Lagi-lagi masa sekarang ni, kena berjaga-jaga.

Jangan sudah terhantuk, baru tergadah.

Hah, gitu.

Nak berhubung dengan Embassy Malaysia in Conakry, ini alamatnya:

Address:
P.O.BOX 5460 Mafanco, Corniche Sud

 Telephone: +224-622-66-78-79
+224-629-30-29-29

 Email: mwconakry@kln.gov.my

Setahu aku, orang Malaysia kerja di Guinea ni sebab dihantar opis mereka.

Yang datang nak honeymoon, jauh sekalilah.

Bukan Guinea saja, malah Guinea-Bissau, Sierra Leone, Ivory Coast, Liberia pun boleh maklum di Embassy in Conakry.

About emarieys

Ema has written 1264 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge