salam petang selasa
aduh, busy sungguh hari ni
tak sempat nak buat entri macam selalu

teka teki Siapa Nak Hadiah? sudah ditutup..
siapa yang berjaya tu belum saya tentukan lagi
saya dah tengok semua jawapan-jawapan korang hantar tu
anyway, terima kasih banyak-banyak yang sudi menjawab yer…

okey2x..
balik ke topik entri saya kali ini

kat kelantan memang banyak kedai-kedai secondhand ni.
dalam satu kedai tu..macam-macam benda boleh kita perolehi tau
beg tangan..barangan elektrik..barangan baby..perabot… kasut…dan banyaklah lagiii..
boleh dapat dengan harga murah sangat…
kalau kat sini selalunya boleh dapat pakaian bundle jer kan….

masa saya balik kampung CNY minggu lepas
pagi sabtu sebelum gerak balik ke kl pada petangnya..
saya sempat juga singgah kat kedai secondhand ni
kebetulan kedai secondhand yang ini sampai barang baru setiap kali hari sabtu
ada yang sampai barang baru hari rabu..jumaat..dan isnin… itu kedai yang lain ler…..

agak-agak korang berapa RM tripod ni?
saya dapat dengan harga RM 5 sahaja


yang ni berapa RM pula?
tahu ke benda apa nie?


mana tahukan takut ada yang tak perasan apa benda ni
sebab tengah berlipat tu
hah, inilah skuter…beli dengan harga RM 10 saja


beginilah keadaannya bila menunggu barang dari lori
sanggup berpanas demi nak dapatkan barang
caranya kena berebut tau
kalau tunggu… hai melepaslah jawabnya…
yang pakai topi tu adalah tokeynya….


ini baru lori kecil…. kalau lori yang besar tu…korang bayangkan sendiri…


satu persatu dibawa turunnya


paling menguntungkan apabila beli barang secara selonggok@banyak
dengan itu boleh dapat dengan harga yang paling-paling murah
kalau dapat barang yang nak tu..kumpul dulu
kalau bayar satu-satu..terasa macam mahal pula

macam tak kena pula entri dengan topik ni yer..
tapi memang betul ada yang boleh kaya tau
ada satu tokey perempuan yang buka kedai secondhand ni
memang kaya raya..
siap ada rumah banglo bertingkat bernilai RM 1 Juta lagi
pergi Mekah pun sudah…

kalau saya balik kampung lagi, saya ambil gambar rumah tokey perempuan ni..

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *