Sedihkan, anak-anak muda sekarang ramai dah tak tahu dan tak kenal pun lagu-lagu irama Malaysia..stesen radio..stesen televisyen pun dah agak jarang mainkan lagu irama Malaysia apatah lagi dalam pertandingan lagu. Walhal, lagu-lagu beginilah yang akan mengangkat muzik Malaysia ke peringkat global. Betul tak?
Aku memang respek dengan Kak Noraniza Idris yang sama sekali tidak pernah jemu untuk memperkenalkan lagu irama Malaysia bagi menyemarakkan semangat patrisiotisme kepada generasi dari pelbagai peringkat umur dan bangsa. Itu sebab kak Noraniza dikenali sebagai Ratu Irama Malaysia.
“Malai Solo Tour 2019/2020” – Siri Jelajah Noraniza Idris
Berita Baik!!! Bagi yang merindui pentas dengan keunikan gaya, bahasa pertuturan, pakaian, gerak tarik, nyanyian dan muzik irama Malaysia Kak Ani akan mengadakan siri jelajah Malai Solo Tour 2019/2020 hasil kerjasama bersama Persatuan Tatihseni Malaysia dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd serta Harithmai Production (HMP) bertempat di MATIC, Kuala Lumpur.
Program pertama siri jelajah ini menerusi Fleastar bersama Noraniza Idris di Kompleks Kraf, Jalan Conlay Kuala Lumpur sempena Hari Kraf Kebangsaan 2019. Antara program yang telah dijalankan iaitu FleaStar- Tarian Rakyat/Etnik Kreatif Malaysia dan FleaStar- Idola 2019.



Terlepas dengan program pertama? Jangan bersedih kerana masih banyak lagi program-program yang akan telah dirancangkan oleh Kak Ani.
Sawo Matang Noraniza Idris Special Showcase
Konsep yang agak berlainan sebelum ini kerana kali ini konsep pentas lebih kepada alam semulajadi yang melambangkan “Malaysian Garden” yang dihiasi dengan prop yang mempunyai 6 elemen etnik Malaysia. Berlatar belakang layar L.C.D yang memaparkan visual-visual suasana dan konsep persembahan untuk dipersembahkan kepada penonton.
Konsert selama 2 jam terdiri dari 60 artis tari, kior sekolah cina, orang asli yang digabungkan bersama memang bagi aku agak gempak konsert Kak Ani kali ini. Kak Ani juga bakal berduet bersama Azizul Haqiem (Juara program realiti 3 Juara TV3).
Siri Jelajah #SaveIramaMalaysia
Siri jelajah ini tidak terhenti di sini sahaja..malah akan diteruskan ke beberapa lokasi dan aktiviti dalam kalendar seri jelajah seperti berikut:
- Sawo Matang – Noraniza Idris Special Showcase – 12 hingga 14 April 2019 di MATIC Kuala Lumpur
- FleaStar Aidilfitri – 6 Mei hingga 4 Jun 2019 di Bangi Selangor
- FleaStar Merdeka – 2 hingga 4 Ogos 2019 di Bulatan 18 Amanjaya & Casuarina Hotel, Ipoh, Perak
- Farquhar dan Kala Jengking – 29,30 November dan 1 Disember 2019
- Iktiraf – 9 November 2019 di Singapore
- Jejak Budaya – 21 Jun hingga 20 Julai 2019 di 13 negeri seluruh Malaysia
- Akar Kita Zapin 2019 – 12 hingga 14 Oktober 2019 di MATIC, Kuala Lumpur
- Malai Solo – 2 hingga 4 April 2020 di Istana Budaya Kuala Lumpur
Korang masih berpeluang untuk menonton persembahan Kak Ani dengan lagu-lagu irama Malaysia ini. Dapatkan tiket yang kini telah dijual dan boleh dapatkan harga tiket dengan Harithmai Production (HMP) di talian 019-339 1445 / 018-871 4305 atau whatsapp untuk maklumat lanjut di talian 011-377 00894 / 018-398 1810.