Dah lama tak pergi Nilai ini. Paling last pergi ke sana masa ema nak kahwin..punyalah lamakan. Nilai kan salah satu tempat untuk orang cari barang-barang untuk kahwin..so, hari minggu itu pergi ke Nilai atas sebab nak cari barang untuk kahwinlah..bukan mr.ery yang nak kahwin tau…tapi adik mr.ery yang nak bertunang…
Barang Kahwin Nilai 3
In Shaa Allah bulan 6 nanti.Pergi 2 buah kereta..dan kereta kami kat belakang sebab berhenti mengisi minyak. bila sampai kat sana call adik ipar ada di mana dan ke mana arah nak pergi ni? adik cakap dia pergi ke Nilai 1..selang beberapa minit dia call balik bagitahu ke Nilai 3 pula..sebab Nilai 1 tak ada apa-apa….apa yang tak ada ema tak tahulah..maybe kedai banyak tutup.
Adatlah akan ambil masa yang lama dalam satu kedai untuk pilih segala jenis barang untuk hantaran mahupun gubahan bunga-bungaan…atas kesabaran orang lelaki ini sangat tipis dan cepat bosan…selepas 2 jam lebih dalam kedai bersama…akhirnya, mohon diri dulu…untuk balik.
On the way nak balik tu singgahlah kedai barang antik ini..cantik…berkenan pada almari macam ini….nak beli….tapi nak beli dengan sepupu ema saja…sebab lagi murah….dan boleh bayar ansuran.
Bukan barang kahwin saja kat Nilai 3 ni.Malah karpet, alatan mainan, barang kereta, pakaian semuanya ada jual.Cuma hargalah murah atau mahalkan..Sempatlah rembat tempat letak tudung yang separuh bulat tu..