Assalamualaikum. Alhamdulillah, selesai sudah menjalani ibadah korban pada tahun ini. Syukur juga, ada rezeki tahun ini untuk aku mengambil satu bahagian dari tujuh bahagian lembu dan ini adalah pengalaman pertama untuk aku.
Akad Jual Beli Lembu

Cara Niat Korban
Aku dapat satu bahagian dengan harga RM530, harga yang paling murah dari tempat lain. Korban di Kampung Mr. Ery di Machang, Kelantan. Sebelum niat korban, terlebih dahulu ada akad jual beli antara aku dengan penjual lembu. Caranya:
Penjual: Saya jual dengan harga RM530 untuk satu bahagian lembu.
Aku: Saya beli dengan harga RM530 untuk satu bahagian lembu bagi tujuan korban, kerana Allah Taala.
Niat Korban
Apa yang diberitahu oleh orang tua di situ, apabila nampak darah mengalir keluar dari tempat sembelihan, segeralah berniat dengan lafaz:
“Sahaja aku korban satu bahagian dari tujuh bahagian tahun ini kerana Allah Taala”
Dan tunggulah sehingga lembu betul-betul sudah tidak bernyawa, barulah boleh mula melapah kulit serta daging. Paling suka, cara pembahagian kepada 7 bahagian pun sangatlah tertib dan adil.

Niat Korban
Setiap inci lembu dibahagikan secara sempurna..Malah bahagian dalaman pun dibahagi sempurna. Cuma kepala lembu, masing-masing telah menghalalkan kepada seseorang yang mahukan kepala itu. Selesai proses melapah dan pembahagian, seorang akan dapat lebih kurang 9kg berat bagi daging sahaja.
Alhamdulillah, selesai menjalani ibadah korban dengan sempurna tahun ini.
Tak pernah buat korban,insya allah ada rezki nakbuat gaknanti
hai ema. tahun ni tak korban, husban je buat. insyaAllah thun depan