Nasi goreng daging merah satu!!
Perut yang tahap kelaparan amat sangat terus jadi kenyang bila sampainya nasi diorder atas meja.
Mahu makan nasi goreng daging merah tapi yang datang nasi merah daging goreng.
Nasi Daging Merah
Mood nak makan terus hilang…maaf pembaziran di situ.
Dari Terengganu balik ke Pasir Puteh dengan keadaan perut kosong
Singgah di restoran yang gah di mata, terang benderang cahayanya, luas parking kereta, perabot dari kayu jati duduknya.
Tapi makan tak selera…cukup sekali dah terkena.
Harap pihak restoran tukar cara masakannya
Kalau tidak pelanggan entah ke mana.