Loading...
RestoranTravel

Cendol Wawasan dan Nasi Ganja

Nasi ganja . Terkejut aku. Gila ke apa nak makan nasi ganja. cari nahas nak kena tahan lokap ke.  Aku ingatkan nasi ganja tu, makan nasi dicampur dengan ganja.

Nasi Ganja Ipoh

Nasi Ganja dan Cendol Warisan

Inilah nasi ganjanya. Risau juga mana tahu ada ganja dalam tu. sekali makan memang ketagih nasi ganja ni. sedap. Kedai mana aku sendiri tak ingat sebab lama sangat. tapi ada di bandar Ipoh.

Cendol Wawasan di Ipoh Perak.  Masa balik ke KL nak cari kedai lain sekali nampak orang ramai beratur membeli cendol. Mungkin sedaplah ni kalau ramai yang beratur.

Cendol

Macam-macam jenis cendol yang ada menjadi pilihan anak tekak masing-masing.

Cendol Hijau

Tak jumpa kedai yang nak dicari, kita singgah makan cendol. Harga cendol kalau makan terus murah sikit dari yang bungkus. Jadi, kita makan terus dalam kereta boleh jimat 50 sen.

 

Cendol Ipoh

Kalau tanya di mana cendol wawasan ini. memang tak tahu pun apa nama tempatnya. Cuma boleh bagitahu tempatnya di tepi jalan depan stesen minyak. Nampak signboard arah kampung. terus boleh nampak orang beratur kejar cendol. gerai cendol tak bergerak pun.

 

Signboard Cendol

Depan stesen minyak mobil.

Map Cendol

 

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

44 comments
  1. zara

    cendol tu saya yang tengok pic saja dah terliur..biasanya kedai kalau orang beratur panjang atau cepat habis, komfirm mesti sedap..nasi ganja tu memang nampak macam boleh membuatkan orang ketagih la hehehe..kalau kat tempat saya tu mungkin dipanggil nasi berlauk..nama je berlauk tapi lauk dia 2 jenis je..ayam atau ikan..then ada sambal “ladegaram” secubit..
    zara recently posted…Tips Tangani Masalah Stretch Mark Semasa HamilMy Profile

  2. Mummydearie

    Dua-dua tak pernah merasa. Nasi ganja tu mesti dapat nama sebab bila sekali makan terus ketagih dah 🙂

    Cendol memanglah sedap. Semalam puas melilau kat area rumah saya kot-kot kalau nasib baik dapat jumpa orang jual cendol, ya ampun memanglah takda 🙁
    Mummydearie recently posted…I ‘mc’ lah you …My Profile

  3. Lyn™

    Ada beberapa kali ada terbaca cerita tentang nasi ganja ni dan kebanyakannya memberikan testimoni ‘sedap’. Hati saya mengelitik dan tekak terasa teringin nak rasa kesedapan nasi ganja spt yg diwar-warkan. Bila kan dpt peluang tu ya ?

  4. Logeswary

    Baca entri cik puan, teringin pula nak cari cendol. Tapi kat sini hujan lebat. Esok lunch baru nak gi kedai cendol dekat office ni. Sedap juga. Yang bestnya kalau hari Jumaat mesti kedai cuti.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge