Majlis Menamakan New Baby di Guinea, Sangat Happening and Colorful
Naming ceremony for new born
Seorang staff kat sini, isterinya baru melahirkan 2nd baby.
Selepas 7 hari bersalin, akan ada naming ceremony iaitu majlis untuk menamakan nama baby.
Kalau kat Malaysia, majlis cukur jambul.
Cara menamakan nama baby aku tak pasti
Elok sampai di rumahnya, baby dah dinamakan mamadou …..
Maknanya, naming ceremony dah selesai.

New experience for me
Dikelilingi dekat dengan rakyat kat sini.
Semuanya dari jiran-jiran tetangga.
Meriah dan sangat warna warni

Macam kenduri kahwin pun iyea.
Datang duduk-duduk, borak-borak, makan-makan
Sambil dengar alunan muzik dari ketukan gendang.
Bukan ketukan free tau.
Mereka datang dan bermain depan-depan, supaya kami faham untuk bagi duit.
Tak sure lah, ia dijemput oleh tuan rumah ke tidak.
So, mengertilah selepas ini kena sediakan duit kecil jika bertandang ke mana-mana majlis.

Kami dijamu makan ke rumah lain, tidak makan di rumah staff.
Entahlah mungkin tuan rumah nak bagi keselesaan untuk kami makan.

Pantang ibu yang baru bersalin?
7 hari lepas bersalin, kemain laju berjalan ke hulu hilir
Turun naik tangga bagai
Tak ada buka langkah kecil pun.
Tenaga lain macam… aku yang tengok pula seriau.
Kita 40 hari pun takut nak keluar rumah.
Ibu yang baru berlepas bersalin ni pula akan berhias cantik
Nak tengok berhias cantik macam mana. Korang boleh klik SINI
Seronok join budaya negara lain.