Aku nak carikan pasangan untuk mama. Serius? Seriuslah ni. Ada nampak aku main-main ke? Mahu kena hantuk kepala dengan mama..eh, tak..dah dapat green light pun. Mama siap bagi komen “buatlah long, nak letak kat traffic light..dah macam banner pulak”. Hehehehe.

Pasangan Untuk Mama

Aku post entry ini hari di Jumaat penghulu segala hari, moga mama dapat jodoh. Amiin. Mama pun dah lama jadi single mother. Masa yang sesuai dah mama cari teman hidup untuk tumpang kasih. Bukan nak cari yang berharta pun, biar ada tanggungjawab, pegangan agama yang kuat dan boleh terima mama seadanya. Suami orang? Minta jauhlah. Tak mahulah seperti drama-drama TV3 tu.

Paling yang aku harapkan, jodoh mama itu dapat terima aku adik beradik lebih-lebih lagi yang satu-satunya anak lelaki tunggal mama form 3. Biasalah kan, anak lelaki protect mama lebih sikit. Seorang mama yang tak reti duduk saja. Dari muda dah buat macam-macam kerja. Paling melekatnya kerja andaman pengantin. Tapi dah tak pergi ke rumah orang untuk pasangkan pelamin, adik pula yang ambil alih. Kerja andaman mama bukannya hari-hari pun dapat income..sebulan dua bulan pun belum tentu ada. Jika dapat pun tidaklah semewah macam Kuala Lumpur. Cukup bayar sewa, segala bil, dan diri sendiri jer. Bila tak ada kerja, mama penuhkan aktiviti dia dengan aerobic, zumba dan jumpa kawan-kawan dia.

Nak kenal dengan mama? Kena kenal dulu dengan anak-anaknya. terutama anak nombor dua si angah ni. Sebab apa? Itu rahsia. Jodoh mama dengan siapa? Kami adik beradik semua terima, janji yang boleh jaga mama sehingga habis usia… Umur mama berapa? Baru dua hari lepas mama sambut hari lahir ke-57 tahun. Ada ke yang berani nak jumpa?

SELAMAT HARI LAHIR MAMA!!!!.

DOAKAN MAMA BERTEMU JODOH DENGAN ORANG BAIK-BAIK DAN MINTA DIJAUHKAN DARI SUAMI ORANG.

AMIIIN.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

4 Replies to “Nak Carikan Pasangan Untuk Mama, Ada Berani?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *