Photoshoot Di Moroccan Pavilion Putrajaya Ada Peraturan Perlu Dipatuhi

Sesat barat juga nak sampai ke Moroccan Pavilion a.k.a Astana Morocco di Putrajaya ni. Pakai waze, entah laluan mana dia bagi sampai aku keluar dari dalam taman. Guard pun tanya masuk dari mana? Masuk dari Taman Botani belakang sana, jawabnya aku. Walhal paling senang, pusing jer roundabout paling besar di Putrajaya dan masuk simpang kiri ke Taman Botani.

Astaka Morocco Tempat Cantik Tapi Ada Peraturan Perlu DiPatuhi

Astaka Morocco bangunan yang berkonsepkan seni bina Moorish yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita sekarang iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Menempatkan galeri pameran koleksi-koleksi barang dan senibina dari bandar-bandar diraja terkenal di Morocco iaitu, Fez, Meknee, Marrakech dan Rabat.

Perlu tahu yer, bukan boleh buat sebarangan photoshoot di sini. Ada peraturan yang perlu dipatuhi. Photoshoot komersial perlu ada kebenaran dari Perbadanan Putrajaya. Nanti guard pintu masuk akan minta borang kebenaran, jika tak ada perlu ke pejabat dan isi borang. Yealah, guard akan nampak kamera besar dan persalinan pakaian dibawa. Yang tu pun kena declare dalam borang kalau tak silaplah. Dekat kawasan itu saja, tak perlu pergi ke Perbadanan Putrajaya. Mungkin ramai yang tidak tahu, agak lecehlah kerjanya. Aku cari dalam laman web PJJ pun tak ada pasal peraturan di Astaka Morocco ni.

Yang kedua, tak boleh menggunakan sebarang jenis kamera kecuali kamera smartphone sahaja untuk mengambil gambar di dalam bangunan. Bayaran dikenakan sebanyak RM3 dewasa dan RM1 kanak-kanak. Pelik juga peraturannya sedangkan kamera smartphone sekarang pun dah canggihlah. Dan hasilnya…

Morocco Pavilion Putrajaya

Morocco Pavilion Putrajaya

Morocco Pavilion Putrajaya

Morocco Pavilion Putrajaya Morocco Pavilion Putrajaya

Morocco Pavilion Putrajaya

Morocco Pavilion Putrajaya

Morocco Pavilion Putrajaya

Morocco Pavilion Putrajaya

Morocco Pavilion Putrajaya

Morocco Pavilion Putrajaya

Morocco Pavilion Putrajaya

Morocco Pavilion Putrajaya

Morocco Pavilion Putrajaya

Amacam? Cantikkan senibina bangunannya..okeylah boleh dijadikan kenangan tu..Nak pergi travel ke Negara Morocco entah bila.. pasang angan-angan dulu, agar boleh jadi kenyataan kemudian, tak gitu. Oh yer, ianya dbuka setiap hari kecuali hari SELASA. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +60 3-8887 7770 .

 

 

Tagged : / / / /

Kedai Makan Tomyam Paling Sedap Aku Pernah Pergi

Tak tahu dah berapa kali aku pergi restoran ini. Asal nama kedai makan ini adalah Restoran Sahabat. Kini, dah tukar kepada King’s Tom Yam. Eloklah dah tukar, sesuai sangat dengan menu tomyam yang ada di sini. Semua menyengat sedap ya amat.

Sambut Birthday Mak Mertua

Kali ini pergi sempena sambut hari lahir Mak Mertua. Plan adik beradik belah Mr. Ery nak makan shell out. Apalagi terus suggest di King’s Tom Yam, Puchong. Walaupun dah banyak kali, menu tetap yang aku order mesti shell out atau menu set untuk satu keluarga.

Kedai Tomyam Sedap

Menu shellout ini pun ada ikut pakej. Satu set shellout berserta ikan siakap dan air. Harga pun berpatutan. Setiap kali aku datang sini, meja mesti penuh. Tak kira awal bulan, tengah bulan, mahupun hujung bulan.

Kedai Tomyam Sedap

Baca : Raja Segala Tom Yam

Kedai Tomyam Sedap

Maaflah dah tak pandang kiri kanan bila hadap shellout ni. Bagi aku, shellout tomyam lagi sedap dari butter. Order sekali shellout butter untuk anak-anak sebab tidak pedas.

Kedai Tomyam Sedap

Setiap tahun, anak-anak belah mertua akan menyambut hari kelahiran mak dan abah. Selamat hari lahir kepada Hajah Maimunah Mat. Semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik berpanjangan.

 

Tagged : / /

Datang Kluang Wajib Makan Roti Bakar Rare Stesen Keretapi

Okey, hari ini aku cuti. Tapi aku siapkan satu post untuk hari ini. Barulah nampak update aku punya blog kan. Ini tidak, minggu lepas cuti, dengan blog pun cuti. Lepas tu mulalah fikir mana nak dapat income nya kalau malas nak update. Dah lama aku tak balik Kluang, Johor. Ada dalam 3 tahun jugalah tak balik. Ada siapa di sana? Adik beradik abah semua tinggal di Kluang kecuali abah seorang di Kelantan. Di Kluang pun hanya tinggal dua beradik dari 4 adik beradik abah seibu seayah. Seorang makcik dah lama meninggal.

 

Berita Pakcik Meninggal Punca Datang Kluang

Awal pagi tu, aku terima mesej dari angah mengatakan pakcik yang aku panggil poksu telah meninggal. Terkejut semua. Terus abah dan adik-adik aku pergi cari tiket untuk ke Kluang. Asalnya, aku suruh cari tiket petang ke KL. Dari KL naik kereta pergi ke Kluang. Tapi tak sempat nak kejar jadual waktu bas. Akhirnya, bertolak malam hari dengan keretapi. Dan aku gerak dari KL dengan kereta.

Pakcik belum meninggal cuma tak sedar diri. Berita yang sahih dari sepupu aku. Punya kelam kabut makcik aku call abah sampai tersalah khabarkan berita. Walaupun masa itu, tiket tak beli lagi…tetap juga pergi. Selagi pakcik aku masih ada, sebaiknya pergi menzirah. Pakcik kena serangan stroke dan ditahan di wad Hospital Kluang. Alhamdulillah, sedar.

Aku dari KL memang tak jauhlah, dalam 4 jam dah sampai. Gerak malam dari rumah, sampai Kluang jam 2.00 pagi. Rumah yang jadi sasaran bila keluarga aku pergi ke Kluang, mesti akan pergi rumah makcik aku yang dipanggil moknik. Garang-garang dia pun, rumah dia yang jadi pilihan untuk berkumpul. Rumah kos rendah di tengah-tengah bandar Kluang.

 

Makan Roti Bakar Rare Stesen Keretapi

Adik-adik dan abah gerak dengan keretapi sampai Kluang esoknya jam 10.00 pagi. Memang makan masa lama naik keretapi, yang penting selesa sebab diaorang pilih tempat tidur. Harga tiket keretapi lebih murah dari tiket bas. Alang-alang nak pergi ambil mereka yang baru sampai, terus bersarapan roti bakar rare di stesen keretapi ni. Memang femes kan kedai dia. Ala, di KL pun ada yang nama Kluang Station tu. Di Kluang pun banyak cawangan. Tak cukup makan satu, siap ditapau lagi bawa balik rumah makcik. Yang aku peliknya, walaupun ada cawangan di KL, tetap ada kawan Mr.Ery order serbuk kopi Kluang Station. Lain harga ke? Lain rasa ke? Tak pula aku beli. Hehehehe.

 

Orang tengah yang belanja tiket

 

Geng selfie yang muka tak mandi lagi.

 

Sedap

 

Tak cukup makan satu.

 

Dengan perkhabaran berita mengejut, dapat aku berkumpul dengan keluarga di sana. Kalau tidak, entah bila akan pergi. Tak lama pun bermalam, lepas maghrib terus balik. Tak sempat nak merasa masakan sepupu aku. Nak jumpa sepupu lain pun tak sempat. Benda bukan plan, terjadi sebab ada asbabnya.

Ini baru suku dari keluarga. Adik-adik lelaki memang tinggal dengan makcik di Kluang. Bekerja. Dah pandai cari duit sendiri, dah cerdik pun aku tengok dari duduk di rumah dulu. Baju putih sebelah abah, sepupu. Baju coklat yang duduk bawah pakcik aku sebaya umur…lain mak dengan abah. Aku nak bersalam pun macam kekok…hehehehe…padahal pangkat bapa saudara tu.

 

 

Angah bersama isteri sepupu aku yang paling baik. yang paling pemurah. suka belanja. Sekali aku balik, memang tak sah tak ada makanan yang dia belikan untuk dijamu. Awal pagi dah sampai lauk-lauk yang dia belikan untuk aku sekeluarga makan.

 

 

Alhamdulillah, sihat pakcik aku yang dikhabarkan telah pergi tu. Menziarah di hospital tanya kenal ke tak..jawabnya kenal. Semoga poksu berada di dalam keadaan sihat sentiasa. InshaALLAH. Amiin.

 

Tagged : / / /

Darjah Dua Masuk Sekolah KAFA Darjah Lima UPKK, Ini Keputusan Yang Diperolehi Kakak Azwa

 

Keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) untuk tahun 2017 telah keluar. Seramai 54,824 calon berjaya memperoleh keputusan 8A dalam UPKK 2017. Tahniah anak-anak. Kakak Azwa ada bagitahu soalan susah gara-gara kehilangan soalan peperiksaan sebelum itu. Telah dimaklumkan oleh ustazah melalui whatsapp group tiada majlis keraian. Anak-anak akan terima slip keputusan di kelas masing-masing.

 

Semakan Keputusan UPKK

Awalnya, memang tak tahu keputusan boleh semak melalui online atau sms. Aku ingatkan hanya sekolah kebangsaan sahaja yang boleh online. Bila terbaca mesej dari seorang parent dah boleh semak keputusan UPKK  anak. Aku cepat-cepat buka laman website http://simpeni.islam.gov.my dengan mengisi nombor kad pengenalan anak. Laman web sangat sibuk, dua tiga kali perlu refresh dan tertera dengan keputusannya 8A.

Syukur Alhamdulillah.. memang tak disangka. Terus whatsapp result kat Mr.Ery tapi dia pula tidak online. Telefon pun tak berjawab. Mesti atas motor balik ambil anak. Sekali lagi call, Mr. Ery angkat. Baru sampai depan pintu rumah katanya. Aku cakap check whatsapp segera, ada cerita pasal kakak. Kasi suspen.

Cara semakan melalui sms dengan menaip UPKK <jarak>NoMYKID & sms ke 1588.

Kakak Azwa mula masuk sekolah KAFA masa darjah dua. Atas sebab kecuaian aku sendiri, kakak Azwa terlewat daftar untuk darjah satu. Sekiranya ada kekosongan, akan dipanggil. Sampailah setahun menunggu tak ada panggilan. Bila dah masuk darjah dua, sekali lagi pergi ke sekolah untuk dapatkan tempat. Tetap sama jawapan minta tunggu. Aku tak mahu membazir masa seperti sebelum ini, aku buat surat rayuan.  Akhirnya, diterima.

Mula belajar sekolah KAFA dari darjah dua. Perkembangan kakak Azwa cepat. Guru kelas ada bertanya sebelum ini belajar di sekolah mana? Tidak belajar mana-mana sekolah agama selain sekolah kebangsaan sahaja. Tiada kelas tambahan. Malah, aku sendiri tak reti bahasa Arab pun.

Masuk darjah tiga sampai sekarang, Alhamdulillah selalu berada di kelas atas. Aku tak nampak usaha kakak Azwa di rumah. Mungkin kakak Azwa berusaha semasa di sekolah. Pencapaian kakak Azwa dalam UPKK ini, buat aku rasa terharu sangat. Ustaz KAFA sendiri pun tidak percaya dengan pencapaian kakak Azwa peroleh 8A.

 

Hadiah Sebagai Pembakar Semangat

Semalam, sempat aku singgah kedai gift carikan hadiah dan sorok di bawah seat kereta. Terus pergi sekolah, tunggu kakak Azwa balik. Mr.Ery pun dah tunggu. Buat reaksi kononnya aku tidak tahu lagi keputusan yang dia peroleh. Rakaman reaksi kakak Azwa semasa tayang result dia ada di sini.

Tidak pernah aku hadiahkan sesuatu benda untuk kakak Azwa melainkan belanja makan jika kakak Azwa cemerlang. Kali ini, atas kecemerlangannya, aku bagi satu bentuk hadiah sebagai pembakar semangat untuk PPSR dan UPSRA tahun ini. Semoga kakak Azwa terus cemerlang untuk peperiksaan yang akan datang.

 

 

Oleh kerana hari itu adalah hari kejayaan kakak Azwa, maka kakak Azwa yang pilih nak pergi makan malam di mana. Restoran A&W menjadi pilihan dan di sinilah, aku surprise kan kakak Azwa. Happy kakak Azwa tapi tidak pada abang Aqeel. Perasaan cemburu abang Aqeel itu ada. Menangis dia. Tapi dah aku dan Mr. Ery terangkan sebab kenapa kakak dapat. Abang Aqeel pun kena usaha dan berjaya macam kakak Azwa. Ubat kepada perasaan cemburu abang Aqeel, Mr. Ery belikan sebuah buku komik. Terus tak merajuk lagi…abang..abang.

Good luck anak-anak. Mama dan ayah sayang kamu semua (:-

 

 

Tagged : / / / / / /

Pengorbanan Seorang Lelaki Bernama Abah dan Mesin Jahitnya

Mesin jahit dan abah berpisah tiada. Di luar turunnya hujan renyai-renyai. Lain macam pula rasa hari ini. Sedih, sayu, kesian, penat, letih, runsing semua dah bercampur. Ermm, tak tahu nak rasa apa. Tetiba teringat pada seorang lelaki yang aku panggil Abah. Sehari dua ini, memang nama Abah yang paling disebut-sebut. Gara-gara Abah dah pakai smartphone, Abah dah ada Whatsapp, Abah dah ada akaun Facebook. Mesej whatsapp pertama aku terima, voice note abah. Gambar Abah dengan mesin jahitnya. Terus aku rasa sayu.

Abah dan Mesin Jahit

Tahun ini, usia Abah 58 tahun, bulan September 12 haribulan. Alhamdulillah, Abah masih sihat. Abah masih bekerja dengan mesin jahitnya. Dengan kerja membaiki dan menjual mesin jahit, Abah membesarkan aku dan adik-adik. Sebelum kerja sendiri, Abah kerja makan gaji dengan Singer. Dulu gaji dibayar mengikut komisen. Ada customer adalah gajinya.

Dengan kepakaran yang ada Abah berhenti kerja makan gaji. Buka kedai sendiri di Pasir Puteh. Abah pernah buka kedai di Jerteh, tapi tak lama pun operasi. Tutup. Jodoh Abah dengan Ma tak panjang. Abah kahwin lain. Ma pun kahwin lain. Part paling sedih dalam hidup kami tiga beradik. Tapi biarkan ia berlalu..semua benda dah lepas. Dengan perkahwinan lain, abah dapat tiga lagi anak 2 lelaki 1 perempuan.

Kira dah 6 adik beradiklah aku ni. Tapi aku bertiga tidak rapat dengan anak-anak abah yang baru. Abah pun mengerti. Nak jumpa  Abah pergi di kedai saja. Tapi itu dulu, masa anak-anak Abah kecil. Sekarang Abah dah lega sikit. Walaupun anak-anak Abah yang baru ini semua tak habis sekolah, Abah paling takut terjebak dengan benda tak faedah. Alhamdulillah, dua anak lelaki dah kerja yang perempuan ada kat rumah.

Abah Diserang Strok

Tahun 2015 Abah diserang strok. Itulah kali pertama Abah dimasukkan wad. Separuh badan kena tarik. Allahu. Aku paling sedih. Aku jauh dengan Abah. Hanya adik aku, Angah yang banyak tolong Abah. Bawa Abah berubat. Bawa Abah berurut. Tidak lama Abah kena strok, berkat pergi berurut dan makan ubat, Abah boleh bangun, boleh bawa motor, pergi masjid walaupun  percakapan tidak lancar. Syukur.

Abah teruskan kerja membaiki mesin jahitnya. Abah..Abah…tak pernah jemu. Tak pernah berhenti cari duit. Smartphone? Awalnya, aku geli hati. Abah call aku nak cari smartphone harga murah. Lepas tu, suruh aku tengok siaran wow yang iklan handphone harga murah, tahan lasak. Bila Abah sebut jenama, aku ketawa besar. Jenama apa tu Abah? Abah hanya tahu harga murah.Tak ambil tahu pasal RAM, ROM, Spec Hp. Abah cuma nak handphone untuk Abah buat bisnes mesin jahit dia. Akhirnya, smartphone jenama Lenovo aku pilih. Grab masa harga murah di Lazada.

Smartphone pertama untuk Abah. Sangat mencuit hati kami adik beradik dan adik-beradik Abah yang lain. Cubaan pertama untuk aku test Abah dengan handphone barunya. Aku whatsapp tapi tak berbalas. Esoknya, Abah call aku. Bagitahu dah terima mesej, tapi tak reti nak buka.

Abah bagitahu nak call adik-adik lelaki aku, tapi terdail nombor aku lagi. Aku test video call, angkat. Tapi orang lain tolong angkatkan dulu. Lepas tu, baru aku nampak muka Abah. Abah bagitahu “Abah tengah belajar ni long…slow-slow abah bolehlah”.

Dan hari ini Abah dah pandai add friends kat facebook. Rindu Abah, Johari Bin Mat, seorang tukang membaik pulih dan menjual mesin jahit. Semoga Abah sentiasa berada dalam keadaan sihat, dimurahkan rezeki. Along sayangkan Abah..Adik-adik sayangkan juga.

 

Tagged : / / / /

Tidak Jatuh Miskin Belanja Keluarga Makan Besar

Makan besar di Ikan Bakar Zul, Besut. Time kumpul ramai-ramai dengan family paling seronok kan. Lagi-lagi cukup korum semua. Alhamdulillah, bila dapat belanja keluarga makan-makan dan kumpul satu meja. Dari anak ke menantu hingga cucu. Walaupun abah dan mom dah lama berpisah, tetap dapat duduk semeja.

Ikan Bakar Zul Besut

Ikan Bakar Zul Besut tempat makan malam kami sekeluarga. Agak terkenal juga kedai ikan bakar kat sini. Cuma masakan hanya tertumpu pada bakar-bakar dan goreng celup tepung. Tak ada menu tambahan seperti menu berkuah dan sayuran. Yang bestnya lauk sangat fresh.

Datang sini, sila pilih meja dulu yea. Orang sangat ramai. Masa tengah cari meja, sambil tu terus buat order. Pilih-pilih lauk fresh dan terus pilih nak bakar atau goreng. elok dapat meja, terus sampai makanan..tak perlu tunggu lama.

Doa Murah Rezeki

 الَّلهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَاغْنِنِي بِفَضلِكَ عَن سِواكَ

“Ya Allah, ya Tuhanku! Cukupkanlah aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. Dan berilah aku kekayaan dengan kelebihan daripada Engkau berbanding selain Engkau.” [Kredit: Islamidia]

Tidak membazir..rezeki cukup pada malam itu walupun agak ralat dengan harganya. Okeylah, bukan selalu pun..happykan orang tua dan adik-adik.

Walaupun adik beradik tidak ramai, tapi riuh dengan cucu-cucu yang macam-macam peel. Next, plan nak bercuti sama-sama..InshaALLAH mudahan ada rezeki ke arah itu.

 

 

 

Tagged : / /