Muzium Sarawak
Sambung lagi percutian kami di Kuching Sarawak ini..kali ini kami terjah semua muzium yang ada di sana..lagipun antara satu muzium dengan muzium yang lain dekat saja…dimulakan dengan Muziun Islam Sarawak..
Kebanyakkan muzium tidak dibenarkan mengambil gambar di dalamnya…ada juga terlepas sekeping dua bila tak perasan larangan mengambil gambar…
Di luar muzium tak kisahlah nak bergaya macam mana pun..tiada siapa hendak melarang.
pastu singgah pula ke Dewan Tun Abdul Razak…pelbagai pameran ada
buaya telah diawet
isshh, tak takut azwa pegang patung..semacam saja bila tenung lama-lama gambar ini…
panjat jejantas ke seberang jalan…singgah Muzium Etnologi pula…sana pelbagai jenis binatang yang telah diawet…orang utan punyalah besar ada kat dalam tu…tingkat atas tak berani kami naik..khabarnya ada kepala orang…huhuhu…
masing-masing muka disapu minyak sebab kepenatan berjalan kaki
teknik bergambar di celah batang buluh
mereka berehat seketika..menarik nafas panjang.
anak-anak suka sebab dapat makanan ringan dari remaja perempuan kat sana…punyalah masing-masing tengah lapar ni.
lain-lain muzium yang ada
rupa berseni ditampalnya tulisan sebegitu
Sekadar bergambar di muka pintu..yang ini kena bayar kalau nak masuk sebab private punya…..terus tak jadi masuk…
Semua muzium yang kami masuk bayarannya adalah percuma