MPAY Negaraku Mastercard Kad Prepaid Era Digital Terkini

Era digital terkini. Tak perlu bawa wang tunai, hanya bawa kad untuk semua transaksi. MPay Negaraku Mastercard bukan kad kredit atau debit tapi fungsinya seperti kad prepaid prabayar atau kad touch n go. Kad prepaid prabayar cuma untuk handphone. Kad touch n go cuma untuk bayar tol. Tapi Kad Mpay Negaraku untuk korang berbelanja dengan bijak. Bijak macam mana? Baca lagi di bawah:

Kelab Sahabat Persaudaraaan (KSP)

Rabu lepas, MamaEma dijemput untuk ke Program Sahabat Negaraku di Kelab Darul Ehsan. Melalui program ini Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) menjemput semua NGO untuk bekerjasama menyemarakkan semangat Negaraku melalui penganjuran aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Banyak aktiviti yang akan dilaksanakan dan dimulakan dengan Program Kad Negaraku MPay Mastercard antaranya “Jom Derma Buku”

Dr Mohd Zamri Nordin, selaku Pengasas KSP maklumkan Program Sahabat Negaraku akan konsisten memperkenalkan Program Kad Negaraku MPay di seluruh dunia dan akan dimulakan di Selangor dan Kuala Lumpur. Dijangka akan mengumpul seramai 200 ribu pengguna kad dari kalangan ahli-ahli NGO yang menetap di Lembah Klang.

Visi Program

Menghubungkan kerajaan, rakyat termasuk ahli-ahli Badan Berdaftar dan NGO dalam era digital berteraskan Semangat Negaraku.

Mendidik masyarakat ke arah Pengguna Bijak dan berhemah.

Memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.

Managepay System Berhad

ManagePay Systems Berhad (“MPay) merupakan penyedia kaedah bayaran elektronik ‘end-to-end’, penyelesaian FinTech dan penyedia perkhidmatan untuk bank dan institusi kewangan, pedagang dengan institusi bank serta kewangan, pedagang dengan pengeluar kad dan operasi di seluruh dunia.

MPay merupakan penerima Anugerah Inovasi produk Baharu dalam Penyelesaian Bayaran

Sementara itu, MPay yang dilantik KSP secara eksklusif bagi program ini telah mengumumkan berita gembira mengenai produk yang bakal disediakan dengan Kad Prabayar Negaraku MPay Mastercard.

Era digital yang memberikan peluang kepada semua pengguna kad untuk menikmati produk dan perkhidmatan disediakan dengan harga lebih jimat.

Bukan membeli produk dengan harga murah sahaja, masyarakat boleh berbelanja dalam kehidupan sosial seperti pembelian atas talian atau online, menonton wayang, themepark, pindahan wang dan sebagainya.

Tawaran secara bulanan penjimatan bagi produk-produk terpilih dan bersesuaian dengan pengguna kad

Dengan adanya kad ini, korang akan berbelanja dengan bijak sebab tawaran produk dengan harga terlajak murah. Contoh: Harga satu kotak susu dari pengilang RM3.00 tapi bila diagihkan ke pengedar, pemborong, peruncit dan akhir sekali kepada kita sebagai pengguna, berapa harga satu kotak susu tu..Mesti harga lebih tinggi. Tapi dengan kad prepaid MPay Negaraku Mastercard ni, korang akan dapat harga sama dari kilang atau lebih murah dari harga kilang.

Kad ini bersifat seperti kad prepaid bukan kad kredit. Habis, tambah nilai tanpa ada expired date. Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard bakal dilancarkan sepenuhnya menjelang 2018.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Ketua Kelas KSP,
Puan Farah Farina Abd Razak : 017-3921711
Email: mediaksp@gmail.com
Website: www.sahabatpersaudaraan.org / http://www.kadnegaraku.com.my/

 

About emarieys

Ema has written 1074 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

4 thoughts on “MPAY Negaraku Mastercard Kad Prepaid Era Digital Terkini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge