Family Travel

Minum Air Teh Di Cameron Highlands. Sanggup Naik Sana.

Cameron Highlands? Sebab frust sangat bila terpaksa balik awal dan masuk kerja. Punca itulah pergi ke sana. Eh, boleh ke begitu? Untuk ubatkan hati yang panas ni kan. Better pergi ke tempat yang sejuk. Nak balik ke Kuala Lumpur, tersinggah tanpa sengaja di Cameron Highlands. Ikut Lojing..Gua Musang. Saja nak lambat-lambat sampai rumah..sampaikan keluarga tanya dah sampai KL ke? Bila nampak check-in di Cameron Highlands, maknanya belum lagi.

Tea Break at Cameron Highlands

Mulut teringin nak makan pai aiskrim dan minum teh original kat atas sana tu. Tengah cuti seminggu, makanya traffic lah juga. Langsung tak singgah mana-mana tempat yang sepatutnya pergi kalau bercuti di sana…tempat kutip strawberry, bunga-bunga, sayur-sayur atau apa saja lah. hanya singgah Sungai Pauh tempat camping dan tempat minum air teh original ni saja. Kira rekki  tempat camping untuk next plan.

Dapatlah minum air teh original sambil menjamu mata pokok-pokok teh. Nak turun ambil gambar di ladang teh pun malas nak jalan…hahahaha.

Datang nak makan dan minum saja.

Beli satu, pakat berebutlah.. pastu tak cukup. Makan sekadar ada yer.

Selesai minum, Mr.Ery singgah juga tempat jual sayur..banyak juga dia membeli walaupun dia seorang yang pergi. Tak lengkaplah kalau naik Cameron Highlands, tak bawa balik sayur.

Ada juga nampak buah petai, tak beli pun. Tak tahulah petai dari mana. entah-entah dari Kelantan. Masa nak balik ni, nampak berderet kedai-kedai tepi jalan ada jual buah petai.

 

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

16 Comments

  1. bestnya pergi Cameron, IQ last pergi tahun 2010. teringin nak pergi lagi. huhu

  2. sedapnya minum teh sambil makan2 kat situ
    mamapipie recently posted…Fakta mengenai bayi baru lahirMy Profile

  3. Rindu CH..dulu kte tinggal n keje kat sana..huhu..

  4. Bestnya dapat minum air teh Fresh dari ladang teh di Cameron Highland… Penggemar teh pasti sukakannya…
    Anuar recently posted…Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November iniMy Profile

  5. rajin gak wat perangai kebetulan rumah kat lipis naik ikut koyan,minum teh then turun hahahhaha
    sueizza recently posted…Syampu Shurah Ariana selesaikan masalah kelemumur wanita bertudung.My Profile

  6. Cameron Highland memang terkenal dengan teh..

    memang untung dapat pergi..

    in shaa Allah saya pergi juga nanti..

    aamiin
    mrhanafi recently posted…10 Tanda Orang Menyukai Kita Mario TeguhMy Profile

  7. Ini lah lokasi yang Afiq tidak sempat pergi masa bercuti di Cameron tempoh hari. Huarrrrrrr.

  8. Tu dia teh original. Kalau ada sesiapa yang duduk di rumah dan mengaku teh rumah dia paling original, kena buka mata luas-luas dengan teh cameron highlands yang lagi original pilihan MamaEma ni.
    Gum Arabic Al-Manna recently posted…Khasiat Akasia Senegal Lebih Tinggi Daripada Akasia SeyalMy Profile

  9. lama tak singgah sini. bestnya ema gi cameron
    raihanah recently posted…Klinik Berhenti Merokok Dengan Vivix ShakleeMy Profile

  10. Nanti nak gi CH jugak..Nanti nak mkn gaklah pai aiskrim…teringin pula
    Mimie recently posted…VESSBROZ – Album Pertama Dengan Artis Dari 5 KontinenMy Profile

  11. bestnya !!! teringin nak naik lagi dalam bulan 12 ni tapi mengenangkan cuti sekolah confirm jem.. hee~
    atiehilmi dot com recently posted…TASTY TILL LAST BITE HANYA DI THE HOB, BANDAR BARU BANGIMy Profile

  12. Bestnya pergi Cameron. saya pun suka pergi CH tapi sebabkan CH ni sangatlah sesak masa weekend dan school holiday, so memang tak sanggup nak naik sana. huhu
    dorsett pink recently posted…Boleh Percaya ke dengan Logo HALAL ni?My Profile

  13. Memang sanggup minum air teh di Cameron Highlands kan? Feeling lain macam.hehe
    NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Kenapa Perlu dipasang Branula? ‘Semakin kecil saiz branula, semakin besar jarumnya’.My Profile

  14. dlu kalau ke cameron mmg suka beli petai dekat tepi2 jalan2 beli dekat orang-orag asli. petai hutan nie lagi sedap en.husband cakap hehe
    permatabiru recently posted…JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2018My Profile

  15. kalau sekarang pergi.. mesti jem gila kan
    lisak recently posted…Lindungi Hak Cipta Anda Dengan MyIPOMy Profile

  16. Kalo dekat..hari2 naik tau.. Haha.
    Lya pom ada naik CH bru2 ni.. Mmg x puas lah jalan2.. Rasa nak pergi lagi.. Teringat teh stoberi tu..sedapnyaaa
    Lyafrina recently posted…Reward : Salon Du ChocolatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge