Minggu orientasi sekolah tahun satu dah lama lepas, sekarang anak dah belajar ikut jadual waktu pun. Kalau tiga tahun lepas kakaknya, tahun ini giliran abang Aqeel. Alhamdulillah, dapat satu sekolah dengan kakak. Tahun ini sekolah tak boleh terima lebihan anak murid. kelas cuma ada 4 kelas. Dalam kelas maksimum sepatutnya hanya 40 orang sahaja. Itupun dah kira sangat sesak.
Sekolah sini jadi pilihan sebab senang nak hantar dan ambil anak. laluan pun tak sibuk.
Ujian Penentuan Kelas
Time ni tengah tunggu masuk dewan ujian. Nak tahu tahap anak setakat mana. Baru dua hari sekolah, beg sandang Aqeel dah koyak rabak.. koyak sebab kualiti hampeh atau koyak bawa beban buku yang berat. Bagi aku, dua-dua penyebabnya.
Habis ujian, tanya Aqeel boleh jawab ke soalannya. Anak, kalau ditanya memang boleh aje…betul atau salah itu lain kira laa. Sejam lebih juga jawab soalan ujian…ada BM, Matematik dan BI. hah, sekali tiga bahasa terus. Hari yang sama juga dapat tahu kelas yang mana.

Aqeel dapat kelas ke-3. Aku okey jer dapat kelas no-3 pun. janji dia nak belajar dan nak pergi sekolah. janji dia tahu baca dan kira. janji dia tahu mana yang baik mana yang buruk. janji dia jadi manusia yang berguna. kelas Aqeel sama rata lelaki dan perempuan.. kelas pertama, majoriti perempuan..itupun dalam kelas dah melebihi 40 orang.

Hari pertama sekolah, memang ramailah yang hantar anak dan ambil cuti. sekolah benarkan parents tunggu anak dalam kawasan sekolah di minggu pertama saja. kena tunggu di kantin, tak bolehlah terpacak depan pintu kelas. Anak-anak zaman sekarang pun dah naik segan bila ibubapa tunggu depan pintu. siap suruh lagi tunggu di kantin.
Dah boleh beli nasi dan air sendiri, kira okey laa..benda ini yang buat risau sikit..tak tahu bab beli dan bayar. sehingga hari ini, Alhamdulillah anak-anak bawa bekal yang aku sediakan. Respect kat budak sebelah kiri Aqeel ni..sesorang dia je.parents tak tunggu, kakak abang pun tak ada. dia cakap ‘dialah, abang’. pandai berdikari budaknya. tapi tak sama kelas dengan Aqeel.
Masa Rehat
Kakak dari rumah bawa ke sekolah la peel dia dengan Aqeel.. “bekeng”. Tahun ni jadi pengawas sekolah. Ayahnya dah pesan awal-awal, kena utamakan pelajaran..bab sukan, uniform, kelab bagai itu nombor dua…markah lebih untuk masuk sekolah berasrama akan datang..InshaALLAH.
Ini baru kedudukan tetap. cakap dengan Aqeel, kena duduk depan-depan. baru dengar cakap cikgu. Kelas belum mula, entah apa laa yang dia pandang kat syiling atas tu.
Lepas sekolah kebangsaan, petangnya kejar-kejar ke sekolah agama. Aku yang tengok boleh rasa penat, apatah lagi anak-anak yang alami..balik sekolah jam 1.30..sampai umah jam 2.10…jam 2.30 dah nak masuk sekolah petang…balik jam 5.30 ptg.. pack nya jadual harian anak.
Macam tulah keadaan anak-anak yang bersekolah sekarang ni,Ema. Kita pun naik semput tengok mereka. Saya tengok beg anak bujang saya pun macam aduhai, nak tercabut aje gayanya. Buku banyak betul!
Baguslah budak yang sensorang aje tu. Makpak ajar berdikari betul-betul. Jenis yang tak cengeng macam ni senanglah tapi dalam hatinya tu siapalah yang tahukan sensorang aje kat sekolah. Tengok kawan-kawan semua ditemani emak/bapa!
Mummydearie recently posted…Apa rasanya bila anak kena ‘reject’! (Sedihnya …)
Kita tengok anak rasa penat tapi bila kenang balik masa kita lagi dulu susah(kakaklah Ema) sebab ke sekolah tak semudah anak hari ini. Semua tersusun.
comel je tengok Aqeel. nampak mudah sesuaikan diri. Tahniah kakak jadi pengawas sekolah 🙂
Ani Haryani recently posted…Hadiah Dari Shaklee : Rewards Up Bonanza
dah besar aqeel, memang risau bab nak beli makanan tu kan, kakaknya pun dah besar dan mama dia kuruslah jeles aiii
ajumohit recently posted…Air tangan suami
Minggu untuk suai kenal dan membiasakan diri dengan suasana yang baru.
akubiomed recently posted…Affiliate MyBESTeam cara mudah buat duit online
comel anak dara pengawas tu ema.
raihanahahmad recently posted…Beza Bekam Tradisi Dan Bekam Klinikal
jenuh ajar budak bawa baju sukan kalau diorang nih.
haha..
harap lepas ni ramai yang bawa baju sukan.
titan recently posted…Komisen ke 58 dari Ashadee.com
anak sulung saya darjah 2 tahun ini. awal tahun ni hantar dia dan dia pilih sendiri nak duduk di mana, alhamdulillah dia sendiri pilih duduk di depan. semoga anak2 kita sukses ya
Raihanah Ahmad recently posted…Cara Hilangkan Kebas-kebas atau Neuropati Diabetes
bila anak saya nih.. lagi 6 tahun lagi…hehe.. harap dapat bagi masa juga.. temankan anak2..
zik recently posted…Sah!! Harga kereta Proton Naik, berkuat kuasa 15 februari 2016
Zamani patut dari awal lagi kan kena keluar..