Loading...
Parenting

A & W Mines Shopping Centre

Restoran A & W. Sudah agak lama tak pergi ke Mines Shopping Centre ni. sejak dah berpindah semula ke rumah sekarang. dulu boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku jejak ke sini. rumah dulu kat Taman Balakong Jaya saja. ada sebabnya tetiba nak pergi sini. kalau tak bersebab tak ada maknanya nak pergi. sambil ronda-ronda dan perut dah terasa lapar. singgah kat A & W ni. mr. ery belanja makan. yang best kat sini dia punya minuman..Root Beer. depan A & W nie ada tasik dan cruise. aku pernah naik cruise ketika baru saja lepas kahwin. kononnya dalam mood honeymoon lagikan. dapat pula naik free. dapat free sebab aku stay kat hotel Palace of the Golden Horses, ada kursus kat sana. bilalah lagi nak merasa macam dulu… bab free suka memanjang..ngeh ngeh ngeh…aku dengan anak-anak menunggu mr. ery mengorder makanan dan anak-anak excited nak tengok ikan-ikan kat dalam tasik. besar sungguh ikan-ikan kat dalam ni. agaknya ikan ni makan apa yea? memang besar sungguh, kalau ngap orang pun boleh ni.

mr. ery tengah order makanan atau mr. ery tengah minta no. telefon nie??

lama sungguh dia order..sedangkan orang tidaklah ramai pun….

dah dua tiga orang sampai..tapi still belum siap-siap order…

anyway, terima kasih banyak kat mr. ery belanja makan malam tu dan pada malam tu juga aku dah hadiah dari mr. ery. tapi hadiah itu minggu depan baru siap. aku tak sabar untuk menunggu.

sesiapa yang teringin nak naik cruise dan ronda-ronda kat tasik ni. dia punya price kat bawah ni:

Adult – RM28

Child – RM18

nota hati : anak-anak bila nak merasa yea??

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge