Lokasi Percutian Umang-Umang Chalet Melaka Best

Lokasi Percutian Umang-Umang Chalet Melaka Best.

Sabtu lepas mamaema sekeluarga ke Melaka. Family day rakan kerja Mr.Ery. Setiap tahun team kerja Mr.Ery akan buat family day. Awal tahun mula collection untuk rancang pergi bercuti ramai-ramai. Geraklah kami sekeluarga lebih kurang jam 10pagi. singgah RnR untuk sarapan. Masing-masing tak gerak sama. Terus jumpa di sana.

melaka8

Keluar tol Pedas Linggi. Set lokasi umang-umang chalet. Macam rasa tak yakin betul ke tak waze tunjuk jalan ni Tengok batu kilometer arah ke Klang. Berhenti tepi, nampak ada motor lalu terus lambai dan tanya mana lokasinya. Pemuda tu bagitahu dah betul laluan yang mamaema tuju. Itupun nak terlepas juga, nasib baik kakak nampak pemuda tadi tunjuk arah dengan tangan. Kakak pandang belakang, nampak signboard umang-umang chalet. Patah balik. Sampai awal, kitaorang pergi ke bandar dulu cari nasi tengahari. Beli bungkus makan tepi pantai dalam kawasan kampung.

melaka7

Tak sabar-sabar kakak dan aqeel nak turun mandi. Asyik tanya “bila mama” “bila mama”. Pantang jumpa air laut jumpa air kolam diaorang berdua ni.

melaka3

Seluar Corak Askar.

Cucu dan menantu askar.nampak macam adik beradik tak? Ramai duk tanya mana beli seluar celoreng ni. Mamaema beli kat KWC (Kenanga Wholesale Centre). Fuhhh, berpeluh juga nak cari seluar diaorang. Harga seluar anak-anak RM25 sehelai, mamaema RM20 sehelai. Jenis kain tak sama. Seluar mamaema jenis cotton macam seluar trek. Anak-anak seluar canvas. Design dan kain cantik. Satu kedai sahaja yang ada.

umangumang-chalet

Bukan main lagi mek Ayra menjeling kat mama. Tengok, kakak duduk sebelah. Musykil kenapa dia duduk jauh sangat lah tu.

umangumang-chalet-melaka10

Tengok mereka bertiga ni. cepatnya anak-anak membesar.

umangumang-chalet-melaka11

Geram pula tengok Aqeel, semua gambar muka entah apa-apa. Ada sajalah mimik dia macam tu macam ni. Bukan senang nak ambil gambar satu family.

umangumang-chalet2

Yang ni dah elok, tang seluar pula pergi senteng sebelah…

melaka5

Mek Ayra pun dah pandai berselfie. Seluar Mr.Ery saja tak berceloreng. Puas cari tak ada saiz. Hampir putus asa. Last-last jumpa satu kedai di KWC juga, warna hijau dan ada saiz besar. Apa lagi sambar sajalah.

umangumang-chalet1

Panas berdetim.

umangumang-chalet-melaka9

umangumang-chalet-melaka8

Mek Ayra panggil kakak dan abang.

umangumang-chalet-melaka7

Lepas makan gerak ke umang-umang chalet untuk check in. masih ramai team yang tak sampai lagi. Nak check-in pun kena tunggu jam 2.00 petang.

umangumang-chalet-melaka6

Bilik tak ready lagi. Melepak sambil main buaian. Banyak buaian tergantung.

chalet-umangumang

umangumang-chalet-melaka4

umangumang-chalet-melaka5

umangumang-chalet-melaka3

Kalau dengan abang, memang mek ayra boleh ngam sangat. Abang pimpin tangan dia akan ikut jer.

umangumang-chalet-melaka2

Depan bilik penginapan.

melaka

Bilik Penginapan

Kami punya bilik no. 11. Walaupun bilik kecil tapi selesa. Ada aircond tak ada kipas. Satu malam RM250 termasuk pakej BBQ. Nak tambah tilam cas RM20.

bilik-umangumang

umangumang1

dinner-umangumang

Jam 7.00 pagi, anak-anak dah mengajak mandi air laut.

chalet-umang

Dah siap mandi wangi-wangi, mek Ayra tengok saja kakak, abang dan ayahnya mandi air laut.

umangumangchalet6

Tak lama pun, tanggal skirt tanggal pampers. hah, ambik terus timbus kaki dengan pasir. kasi gosok-gosok kaki.

umangumangchalet4

Muka pasrah kena tanam dengan ayah.

umangumangchalet3

Masa ni, air laut semakin surut. Dapatlah bermain buaian.

melaka2

Hanya mamaema yang tak turun ke laut nya.

umangumang

Bagi mamaema, lokasi umang-umang chalet melaka ni sesuai untuk buat aktiviti keluarga. Tempatnya luas, selesa dan tenang. Walaupun tak ada kolam, mandi laut pun dah memadai.

Mamaema perasan satu lah negeri Melaka ni. Walaupun susah nak jumpa tong sampah di tepi-tepi jalan, tak ada pun sampah berselerakkan. Sangat bersih. Lagi satu, mamaema suka tengok design rumah-rumah kampung di Melaka. Halaman rumah mereka pun bersih dan teratur.

 

Tagged : / / / / / / /

Anniversary 11 Tahun

Anniversary yang ke-11. Sempoi sambut anniversary tahun ini. Masing-masing pakai t-shirt dengan muka kusut masai badan berlengah tak mandi lagi.. nak buat camana baru sampai dari KL.  Terima kasih cikngah dan ciksu beli kek untuk kaklong dia. anniversary

Potong kek sambil berdukung Ayra yang tengah teriak siap teresak-esak. celik mata bunyi bising memang terkejutlah dia. Mula dah kenal orang. dah tak mahu dengan orang. terpaksalah mamanya yang kena dukung dan pujuk. habis kena spray dengan anak-anak buah.

anniversary2Kek surprise dari adik.

kek anniversary copyBBQ

Siap ada bbq bagai. kan beruntung orang tinggal jauh. tak dapat balik raya haji baru-baru ni, demi adik yang buat kenduri doa selamat, dapat juga balik.

Tengah lapar sangat ni. Ratah ikan berekor-ekor habis.

Terima kasih banyak cik ngah, ciksu dan my mom. pejam celik pejam celik dah 11 tahun berumahtangga dengan 3 cahaya mata.  Dia lah teme kekoh, teme gurau, teme ngaju, teme mujuk, itulah realiti di alam rumahtangga.

Tagged : / /

Sepupu Open House

Raya ketiga baru bersemangat nak beraya. Mood pun kembali ceria. Aku malas nak fikir pasal kena tipu. memang dah terkena pun. duit customers pun dah ganti balik. Memang tidak sekali aku halalkan duit yang mereka tipu itu. Terima kasih pada suamiku mr.ery dan keluarga yang banyak support aku.

Open House

Marilah kita beraya dengan hati gembira, baru nak update hari ini dah raya ke berapa? Beraya di rumah k.long (sepupu) dekat Pasir Puteh juga.

openhouse artis15

Aku dan angah pergi satu kereta. Adik perempuan bongsu dengan mom pergi kemudian tapi ‘anak butir’ angah (anak adik perempuan bongsu) ikut sekali. Anak butir angah yang pakai baju gaun warna hitam tu namanya Balkis. Bekeng-bekeng cikngah dio, anak sedara semua nak ikut cikngah. Kalau kena tinggal dengan cikngah, selok nangis si Balkis ni.

 

openhouse artis10

Raya ketiga dah tak ayu dengan baju kurung. Terus pakai seluar senang nak langkah panjang. Masa ni kakak azwa tengah merajuk. Merajuk pasal apa dah tak ingat. Pandang kamera pun tak nak… si Ayra tak pandang kamera bukan merajuk yea.

emarieys.com | openhouse cousin

Keciknya dunia ni, kakak Azwa jumpa kawan satu kelas kat rumah sepupu ni. Terus hilang merajuk dia. Sepupu punya suami buat open house sekali dengan reunion sekolah.

 

openhouse artis08

Beraya rumah k.long buat macam rumah sendiri pula. Dulu-dulu kat sinilah kami tiga beradik tumpang tidur. Ada kisah sedih di sebaliknya. Tapi biarlah ia jadi kenangan kami tiga beradik ni.tetiba teringat.

 

openhouse artis04

openhouse artis02

Mr. ery pun sempoi juga baju raya dia. t-shirt yang dipakai hari-hari dengan pelikat pants dari Pelikat Mama. Aku tempahkan sekali untuk Aqeel warna dan pattern yang sama. Boleh tempah ikut ukuran yang kita mahukan.

openhouse artis05

Kami tiga beradik yang pantang nak bergambar. tapi ada pula yang menyengih si Balkis ni menyelit sekali.

 Mom yang muda jelita sokmo.tak gitu?

openhouse artis16

Lena si Ayra tidur lepas dah membuang.. orang bising sekeliling pun tak sedar-sedar. penat beraya.

 

openhouse artis12

Mana satu mak mana satu anak ni? Hahahaha kami selalu perli si adik bongsu aku ni..badan dah dipam-pam berisinya. Itulah kerja banyak tidur dan makan sangat.

openhouse artis07

 Raya belum habiskan…banyak lagi jemputan open house menyusul.

 

Tagged : / / / / /

Konvoi UrbanCrewz Exora Owners Car Club Malaysia

Berkonvoi dengan Exora Owners Car Club Malaysia bersama team UrbanCrewz. Kali pertama follow sejak join kelab kereta. Tempat berkumpul di Hentian R&R Serdang. Pekena nasi lemak dua bungkus dan teh o beng segelas. Dapat juga berkenalan dengan mak usu- mak usu yang follow sekali. Mak usu ni panggilan untuk para isteri. Menunggu dan menunggu sehingga semua sampai agak makan masa juga. yang mak usu masing-masing semua lepak dalam kereta kat luar panas terik. cair makeup mak usu.Semua dah ada, membaca doa untuk kelancaran perjalanan ini yang dinamakan Fun Drive 2015 menuju ke Port Dickson.

exora owner car club malaysia

Destinasi Port Dickson

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, mula gerak perlahan-lahan berbaris sederat. Aku yang sarat memboyot risau juga takut terbersalin di Port Dickson. Muka dan hidung pun dah kembang semangkuk. Anak-anak pun tak sabar nak jalan makan angin. Pantang bagitahu nak pergi jalan, siapkan terus kerja sekolah malam sebelumnya.

kelab kereta exora (1)

konvoi urban crewz (4)

Selamat Datang ke Port Dickson

konvoi urban crewzTidak terus menuju ke hotel, berhenti dan berkumpul lagi di R&R Port Dickson. Kat sini pun menunggu lagi. menunggu untuk sampainya waktu check-in di hotel.

exora owner car club malaysia (11)

Bila dah terima maklum bilik dah tersedia, mula bergerak perlahan-lahan. Tapi,  baru sahaja keluar dari R&R, salah sebuah kereta konvoi tiba-tiba berhenti di tepi jalan. Rupanya tayar kereta pecah. yang kami dua dari belakang pun berhenti sama untuk membantu. Bila ramai-ramai kerja lagi mudah dan cepat. Tak sampai setengah jam, tayar siap diganti.

kelab kereta exora (2)

Berguna juga pam yang dibawa mr.ery ni.

konvoi urban crewz

Glory Beach Resort, PD

Di sinilah tempatnya team UrbanCrewz bermalam. Glory Beach Resort, Port Dickson. Masa mula-mula masuk simpang ke Lukut, pelik juga kenapa team ikut jalan ini. Walhal. aku yang silap. bukan hotel yang pernah aku stay sebelum ini. Nama hotel pun dah dekat-dekat. Jenis penginapan di Glory Beach Resort ni jenis Apartment. Ada yang tiga bilik ada yang dua bilik. Aku ambil dua bilik berkongsi dengan family adik ipar.

glory beach resort

Glory Beach Resort PD

konvoi urban crewz

konvoi urban crewz (9)

 

proton exora club (1)

Sebahagian team yang dapat jon Fun Drive 2015. Dalam team UrbanCrewz, hanya seorang saja bunganya. Dan mereka-mereka ini dari pelbagai peringkat umur dan kerjayanya.

konvoi urban crewz (8)

Dah cukup rehat, petangnya turun ke pantai untuk acara sukaneka. Bab acara sukan, anak sulungku memang excitedlah nak menang. Tapi tak ada rezeki untuk dia. Rezeki untuk adiknya kaut hadiah pertama untuk dua games kanak-kanak 6 tahun ke bawah. Tapi si kakaklah yang bagi semangat untuk adiknya.

proton exora club (7)

IMG-20150302-WA0021 copy

Aktviti

Lepas berpeluh masam bagai bersalut tepung, berpasir bagai. terus masuk kolam renang. punya nak kejar masa sebab dah hampir senja. Kolam pun nak tutup. dapatlah anak-anak mandi kolam sekejap saja..itupun esok paginya sambung lagi. tak puas. si bapa-bapa yang lebih keterujaan mandi kolam nampaknya.
proton exora club (6)
konvoi urban crewz (3)

konvoi urban crewz (2)

Dua hari punya penangan, semua aktiviti berjalan terus. Malamnya dinner, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah untuk sukaneka.

konvoi urban crewz (13)

Jeng-jeng kotak misteri peti undi. Peti undi untuk lantikan AJK baru bagi team UrbanCrewz. Buktikan kotak dibuka di depan semua.

konvoi urban crewz (11)

AJK yang dilantik. Ada yang kekal ada yang baru. Kepercayaan tetap diberi.

exora owner car club malaysia (6)

exora owner car club malaysia (4)

exora owner car club malaysia (3)

proton exora club (5)

Malam itu sangat bertuah untuk Mr.Ery. Dapat 1st Prize Cabutan Bertuah. Aku kira 1st prize sebab Mr.Ery orang terakhir nombor dipanggil. Bila pengacara panggil nombor EOCM 2900, buat-buat tak dengar je yang memang dah ada di depan tolong ambilkan gambar.

konvoi urban crewz (1)

Alhamdulillah, berbaloi juga join. Dah selamat klim pun malam tadi. Terima kasih pada yang sponsor hadiahnya.

first prize

Yang belah kiri tuan sponsornya

konvoi urban crewz (14)

Nampak tak lebam bawah dagu si Aqeel ni. entah bila jatuhnya. bila tanya jawabnya tak tahu.

konvoi urban crewz (12)

Ingatkan dah habis games. ada lagi untuk games suami isteri. si isteri kena tulis jawapan di kertas yang diberi tanpa si suami tahu jawapan. Kena ke depan jawapan akan ditanya pada suami. aku tengah mengelat ni, berbisik jawapan kat mr.ery. sorry yea.

exora owner car club malaysia (7)

Bagi jawapan pun bukannya mr.ery ingat. lebih-lebih lagi melibatkan nombor. Aku punya tarikh birthday pun dia pergi cakap bulan 11. 11 tu kod negeri kelahiran laa…kan dah kena denda. kasi makeup muka suami.

proton exora club (3)

Kan bagus lagi banyak salah jawapan lagi banyak dapat aku conteng muka mr.ery. dapat juga bawa balik tuala.

konvoi urban crewz (10)

Pagi esoknya, balik tak berkonvoi masing-masing ada hal sendiri. Aku gerak awal sebab mom nak datang. Sebelum balik sempatlah singgah di Teluk Kemang, Port Dickson pekena Cendol Famous katanya.

exora owner car club malaysia (8)

Sekian.

Tagged : / / / / / / / /

Birthday Cake Tema Kad Pengenalan

Assalamualaikum dan Hi,

Lama betul tak update blog emarieys.com . Tak tahulah kemalasan yang bagaimana melanda. Nak kata bersalin masih ada sebulan lagi. Esok-esok dah bersalin, cuti bersalin 90 hari, cuti menulis 100 hari.

Suami punya hari lahir dah lama lepas, baru hari ini nak berkongsi birthday cake yang aku tempah melalui online. Nak beli apa-apa hanya di hujung jari saja tak perlu bazir minyak pun. First, jumpa satu fanpage yang buat kek ni. sekali tanya harga terbeliak biji mata. Terus google lagi, dan jumpa fanpage coklatmanis2u. Whatsapp owner coklatmanis2u yang bahasakan dirinya kak Ifa dan tanya kalau nak tempah birthday cake tema ic berapa harganya. Mula tu kak ifa tak faham tema yang aku nak. Bila aku terangkan tema kad pengenalan, barulah kak Ifa jelas. Deal punya deal, aku terus setuju dengan harga yang diberikan, siap ada penghantaran ke rumah lagi.

Cuma penghantaran ke rumah terpaksa dilakukan pada sebelah malam. Tak kisahlah janji ada yang hantarkan. so, penghantaran kek pada malam 29hb. Inilah kek sempena hari lahir suami yang ke 36 bertemakan kad pengenalan. Ingat kad kahwin je ke ada tema?

 

 

Alahai suamiku, nasib baik dah potong rambut dan janggutnya. Kalau tak, saya pilih yang dalam gambar ic jer. hahaha. Bila suami post kat fb, ramai yang cop suamiku kategori romantik. Tang mana romantik pun aku tak tahu.

Oh ya, memang sedap kek dari coklatmanis2u. Lain kali pasti order lagi.

 

 

Tagged : / / / / / /

Kejutan Bulan Oktober

Assalamualaikum.

Holla..holla…baru nak timbul balik setelah tenggelam lama sangat. Bulan Oktober yang hampir ke penghujungnya sedangkan bulan oktober adalah bulan yang banyak peristiwanya untuk aku. Kejutan dari si suami yang kirimkan bunga dan teddy bear dua ekor sempena hari ulangtahun ke-10 pada 10.10.2014 (Jumaat). Hari Jumaat tu, aku masuk pejabat lambat sebab pergi singgah satu tempat dulu. Masa on the way ke pejabat, aku terima panggilan dari seseorang nak hantar satu kiriman, dia telefon nak confirmkan alamat pejabat. Aku cakaplah, boleh hantar saja lagipun ada orang di pejabat. Memang dalam otak pemikiran langsung tak terfikir kiriman apa, yang aku fikir hadiah contest mana pula kali ini. Sebab aku pernah terima kiriman dari fair & lovely yang aku masuk contest bulan puasa lepas sampai aku terlupa.

Surprise dari Suami

Bila sampai pejabat, kawan ada bagitahu ada special hadiah depan kaunter. Tak aku sangka hadiah sempena ulangtahun dari suami. wah, romantik juga laki aku ni yer. Maklumlah mana pernah dapat bunga lagi setiap tahun hari ulangtahun perkahwinan. Tahun ini yang istimewa, so dapatlah istimewa. Patutlah sebelum pergi kerja suami asyik tanya tak ada special hadiah ke hari ini?

present wedding anniversaryKembang kempis jugalah hidung aku bila dapat bunga. rakan opis ingatkan hari lahir aku siap ada yang wish happy birthday maklumlah hari lahir aku pun bulan 10. Bila dah dapat hadiah istimewa ini, aku mulalah tak senang duduk. Takkan suami je yang bagi hadiahnya, aku langsung tidakkan. Memang aku langsung tak ada plan apa-apa pun. Sebab nak sama rata, last minit aku google tempat untuk dinner yang istimewa. Bila aku jumpa restoran berputar atas menara KL tu, ya ampun mahalnya untuk satu kepala. Last-last aku jumpa satu tempat yang dalam bajet aku, terus aku call untuk booking. risau juga takut dah penuh sebab last minute sangat. Alhamdulillah, masih ada kekosongan.

Dinner at Flora Kafe Ampwalk

Di sinilah makan malam special kami sempena ulangtahun perkahwinan di Flora Kafe Ampwalk. Terima kasih team Flora Kafe. Tempat romantik, penuh dengan bunga-bunga. Elok juga, meja kami di luar, mudah untuk suami aku sedut asap. Aku ambil pakej RM 192.50 ada 5 jenis lauk pauk seperti asam pedas ikan, daging masak kicap, udang masak lemak, ayam goreng, sayur dan pencuci mulut bubur kacang serta air sirap termasuk kek coklat sekali. Banyak lauk tak habis, siap boleh tapau bawa balik. Kek pun makan sikit sebab dah kenyang sangat pun boleh bawa balik.

wedding anniversary at flora cafeLagi satu, pihak Flora Kafe ada photographer sendiri untuk snap gambar dan dipostkan di facebook mereka. Gambar-gambar ini pun dari facebook Flora Kafe.

wedding anniversary1

wedding anniversaryKek coklat mereka sediakan pun memang sedap. Masa buat tempahan diaorang akan tanya ada special apa-apa ke untuk dinner ini. sebab diaorang akan bagi kek coklat ini percuma saja.

wedding anniversary cakeSenang nak cari tempatnya. Lagipun aku pergi dengan motor. Anak-anak tumpang rumah pengasuh. Itupun agak susah nak tinggal kejap sebab suami kesian tak bawa anak-anak. Alhamdulillah, anak-anak dapat juga merasa makanan yang mama dan ayahnya makan, cuma tak join sekali saja. InshaALLAH lain kali akan bawa anak-anak pula ke sini. Ini alamatnya kalau korang nak merasa tempat romantik seperti kami juga.

 

Ground Floor,The AmpWalk 218, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur, Malaysia
012-2070166 / 03-2181 0986 (mel)

 

 

Selain makan malam romantis ini, ada hadiah lain lagi istimewa untuk suami aku sebenarnya.

Tagged : / / /