Majlis Perkenalkan Produk Mewangi.
Pertama kali dengar MEWANGI mamaema bayangkan tajuk lagu Akim AF. Walhal, MEWANGI yang ini adalah jenama produk kecantikan pada masa kini. Produk MEWANGI adalah produk kecantikan keluaran seorang usahawan wanita yang cantik dan jelita iaitu Puan Ayu Azmera Abd Moin.
Produk MEWANGI telah diedarkan kepada 300 wakil-wakil jualan dan pengedar dengan lebih 1.5 juta unit telah berjaya dijual sejak diperkenalkan pada bulan Februari 2016. Dalam tempoh 5 bulan MEWANGI telah berjaya mendapat 5 ribu testimoni positif dari pengguna. Hebat kan.

Produk Kecantikan MEWANGI.
Dengan tagline “Putih, Anjal, Gebu dan Cantik Menawan” tak berkelip mata mamaema tengok pengasas produk MEWANGI ni. Lawanya dia. Cantiknya dia. Lembutnya dia. Manisnya dia. Dalam ucapan beliau semasa majlis perasmian baru-baru ini, kata-kata semangat yang dilontarkan serta doa yang diselitkan sebagai inspirasi mamaema untuk berjaya seperti dia. InshaALLAH. Kepercayaan orang ramai terhadap produk, produk MEWANGI telah menembusi pasaran sehingga ke Singapura dalam masa singkat sahaja.


DUTA PRODUK MEWANGI IKON IRAMA MALAYSIA NORANIZA IDRIS.
Tahniah untuk Kak Noraniza Idris, Ikon Irama Malaysia kerana telah dilantik menjadi duta produk MEWANGI. Mengapa Kak Noraniza Idris dipilih? Pemilihan kak Noraniza Idris sebagai duta produk adalah satu pilihan yang tepat kerana sebagai seorang selebriti dan peneraju kepada syarikat penerbitannya sendiri, kak Noraniza Idris semestinya mempunyai jadual yang padat dan sentiasa sibuk dengan pelbagai acara.
Beliau bijak memilih produk penjagaan kulit dan wajah yang terbaik bagi mengekalkan kesegaran, keanjalan dan kegebuan kulit supaya sentiasa kelihatan cantik dan menawan. Yea, kak Noraniza Idris sendiri adalah pengguna setia produk MEWANGI sejak mula berada di pasaran. Memang tak dinafikan, mamaema jumpa depan-depan dengan kak Noraniza Idris tak padan dengan usianya. Nampak lebih muda dari mamaema. Jeles sangat.

PERSEMBAHAN DARI PESERTA 3 JUARA KATEGORI IRAMA MALAYSIA.
Mamaema bertuah dapat tengok persembahan dari peserta-peserta 3 juara kategori Irama Malaysia secara live. Kak Noraniza bawa mereka untuk menyanyikan lagu irama Malaysia. Kak Noraniza Idris merupakan juri tetap dalam program 3 juara ni. Dalam majlis ini Pak Ngah pun ada sekali.
MEWANGI tampil dengan 4 produk yang dirumus secara khusus sesuai dengan kulit wajah Asia. Mengapa MEWANGI sehebat jenamanya? Bau MEWANGI ni sangat wangi. Bau manis-manis macam gula-gula getah. Rasa macam nak masuk dalam mulut MEWANGI ni.

4 Jenis Produk Mewangi
- CHEWING GUM SOAP – Pencuci muka yang dihasilkan daripada madu dan kulit kayu manis untuk merawat jeragat, jerawat, melindungi kulit, mencerah, menghilangkan kegatalan muka akibat resdung dan menyejukkan radang kulit.
- PEELING SCRUB – Skrub garam bukit untuk muka dan badan. Buang kulit mati, daki, memudarkan parut, hilanbgkan hitam di velah-celah badan, ketiak dan kelengkang.
- CREAM – Krim muka dan badan menggabungkan 7 pati bunga dan serbuk mutiara, mempunya SPF60 untuk sekatakan tona kulit, menggebu, mencerah, melembut, menaikkan aura dan seri wajah.
- PENAIK SERI 7 BUNGA – Krim muka diekstrak dan diformulasikan daripada lilin lebah dengan 7 pati bunga untuk masalah jerawat dan jeragat yang degil.

MAKLUMAT LANJUT MEWANGI
Puan Ayu Azmera memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen drop ship. Puan Ayu Azmera juga akan memberi latihan dan teknik pemasaran secara percuma. Bagi yang ingin mencuba produk MEWANGI boleh dihubungi melalui talian di bawah.
Hotline : +6016-444 7131 / +603-7813 7707
Facebook : MEWANGI SATU DUNIA
Instagram : MEWANGI SATU DUNIA
Youtube : TV MEWANGI
Website : wwww.mewangiofficial.com
Alamat Pejabat : No 23-G, Blj 2 Jalan Elektron Nu16/N, Seksyen U16, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor
Jangan tunggu lama-lama, mamaema pun dah tak sabar nak cantik dan gebu macam pengasas dan duta produk MEWANGI ni. Kita sama-sama cantik, sama-sama gebu yea.

Satu soalan mamaema nak tanya, bila kali terakhir anda puji diri anda sendiri?
Suka dengan Jenama Produk ini… Mewangi… harum mewangi… Bila sebut jer dah dapat gambaran yang bagus untuk produk ini..
Anuar recently posted…5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Kecik dah guna produk ni. Memang best. Wangi sangat,bau nya.
ohh..produk noraniza idris rupanya ye..
titan recently posted…Hate to lose.
kalau diperbuat dari madu dan bhn semuladi mmg bagus tu…
nice sharing
semoga berjaya dengan produk ini
raihanah recently posted…Jenis-jenis Psoriasis dan Komplikasinya
Nak order dan cuba mewangi? SAYA BOLEH COD Mewangi Area bangi, kajang dan putrajaya whatapp K.CT 0178810960. Pos seluruh malaysia :-*