2 tahun sudah di negara orang di Guinea, Afrika Barat.

Sekejap pula masa berlalu..eh yea ke?

Ikutkan next year, dah boleh balik.

Harapnya begitulah.

Tunggulah tahun depan macam mana…ada pergerakan ke tidak.

Kan ada perubahan,  peraturan yang lama tidak dipakai.

Biasalah bila peraturan di tangan manusia…boleh berubah ikut suka.

Rasanya cukuplah 3 tahun merantau di negara orang.

Kalau tiada pergerakan untuk balik, dapat merasa negara lain pun tak mengapa.

Itu cross-posting namanya.

Baca: Pertama Kali Jejak Ke Conakry, Guinea

Hendak juga merasa tempat best juga.

Satu benda yang ketara kat sini tak ada mall yang besar-besar nak cuci mata.

Beli kereta berjenama, boleh sakit hati bila di atas jalan raya.

Kena langgar, bergesel itu perkara biasa.

Beli motor, boleh hilang nyawa…dan sangat bahaya.

Produk Malaysia, kadang-kadang boleh jumpa, dah jumpa baik terus beli saja.

Lepas itu tak tahu bila pula akan ada.

Hanya jumpa 100plus, susu pekat dan roti canai segera.

Jangan tengok pada harga, beli sambil tutup mata.

Sos cili paling susah nak ada…sos tomato memang berlambaklah nya.

Nak cerita pasal negara Guinea, Afrika pun tak tahu nak cerita apa.

Ada yang nak tahu pasal negara ini, kemukakan solan pada ruang komen iyea.

InshaAllah ada masa, Ema jawab persoalan yang bertanya.

 

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

3 Replies to “Merantau Negara Orang Tahun Ke-2 Di Guinea, Afrika”

    1. Untuk sekolah international? Sini majoriti French.. hanya ada dua sekolah international yang sesuai iaitu American International School dan IMS. Walaupun international tak sama dan banyak kekurangannya.

  1. Last baca hari tu Ema dah balik Malaysia…oh sambung lagi ye…ikutkan best duduk negara orang tapi lagi best duduk dan tinggal di negara sendiri kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *