Menu Ibu Menyusu

Ibu yang menyusukan bayi sememangnya perlu mengamalkan pemakan sihat untuk kesihatan diri serta bayi yang disusui. Berikut adalah antara makanan berkhasiat yang perlu diambil oleh para ibu sepanjang tempoh penyusuan.

1) Ikan salmon

Ikan salmon mengandungi DHA yang baik untuk proses tumbesaran bayi. Meskipun susu ibu sudah mengandungi DHA yang bagus untuk bayi, namun pengambilan ikan salmon dalam menu harian meningkatkan lagi kualiti.

2) Produk tenusu rendah lemak

Produk tenusu rendah lemak seperti susu, yogurt atau keju bukan hanya mengandungi kalsium yang berguna untuk tulang tetapi ia juga memiliki vitamin B, vitamin D dan protein.

3) Kekacang

Kekacang terutama yang berwarna gelap seperti kacang merah adalah makanan terbaik untuk ibu menyusu terutama bagi ibu pengamal vegetarian. Ia bukan hanya menjimatkan bajet tetapi juga kaya dengan zat besi.

4) Beras perang

Pengambilannya dalam menu harian akan meningkatkan tenaga selain membekalkan tubuh anda dengan kalori yang diperlukan untuk menghasilkan susu berkualiti buat bayi.

5) Sayuran hijau

Sayur-sayuran hijau seperti bayam dan brokoli amat bagus untuk kesihatan. Sayur-sayuran ini mengandungi vitamin A yang amat diperlukan oleh bayi. Tidak ketinggalan menjadi sumber vitamin C dan zat besi.

6) Telur

Kuning telur merupakan sumber semulajadi vitamin D yang membantu menguatkan tulang anda dan bayi. Dengan memakan telur hancur, telur rebus dan salad dan omelet ketika makan malam, protein dalam tubuh akan turut bertambah.

7) Roti gandum

Roti gandum kaya dengan asid folik, sejenis nutrien penting yang terkandung di dalam susu ibu dan amat diperlukan oleh bayi untuk kesihatan tubuh mereka. Selain itu, roti gandum juga kaya dengan fiber dan zat besi.

sumber : harmoni

Haish, cam terasa nak preggy lagi ni…hehehe…

 

About emarieys

Ema has written 1255 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge