Loading...
Rezekiku

Menjalani latihan PLKN

Menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan umur sekarang yang dah hampir 32 tahun ini masih terdaya lagi kah? Dengan umur dan tahun kelahiran, tak sempat merasa latihan di PLKN ini. Awal penubuhan PLKN ramai yang tak suka, bila kehadiran diwajibkan kepada mereka yang terpilih untuk menjalani latihan PLKN. Kenapa?

PLKN Camp

Kita pergi rasa seronok sangat….. Adakah sebab kita pergi untuk sehari sahaja dan hanya untuk melihat aktiviti mereka di sana dan bukan menjalani latihan sepertimana mereka lakukan setiap hari. Tapi bagi kita yang sukakan aktiviti luar macam ni sangat seronok sekali..yang penting atas diri sendirikan samada seronok atau tidak.

Plkn_semenyih

Kawad_Plkn

Aktiviti_Plkn

Pelbagai aktiviti diajar oleh tenaga pengajar yang dilantik. Kita suka bila mereka buat persembahan tarian zapin, india, cina, dikir barat dan sebagainya.

tarian_plkn

Kita ramai-ramai menyanyikan lagu 1 Malaysia dan IM4U bersama-sama dengan mereka dan ikut rentak menari bersama.

peserta_plkn

Pelbagai kaum tak kira Melayu, Cina dan India berada di dalam satu pasukan satu PLKN.

tamat_plkn

Disambut meriah dihantar pulang pun meriah..

Sesiapa pun tidak dapat lari dari menjalani latihan di PLKN kecuali mempunyai sebab-sebab tertentu seperti sakit mental, kecacatan fizikal, tahanan, penyakit yang boleh membawa maut dan seangkatan dengannya.

Salah satu objektif PLKN adalah untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual serta fizikal bagi menjadikan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai warganegara yang kuat dan tabah dalam menghadapi situasi yang mencabar. Secara khususnya, latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan di kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan. Di samping itu, peserta akan didedahkan oleh para jurulatih untuk mempelajari melalui pengalaman dalam aktiviti-aktiviti seperti kecergasan fizikal, kawad kaki, ikhtiar hidup dan perkhemahan, pertolongan cemas, navigasi, latihan air, latihan tali, tempur tanpa senjata, pembinaan pasukan dan lain-lain. Modul ini dilaksanakan selama 141 jam latihan di dalam kelas dan di kawasan litar latihan di kawasan persekitaran kem.

Nak mohon sertai PLKN pun boleh. Boleh layari

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge