Loading...
Solution

Menginap Homestay/Guesthouse di Lost World of Tambun

As Salam

Beberapa hari lepas, kami sekeluarga pergi mandi-manda di Lost World of Tambun, Ipoh, Perak. Plan dengan my mom sekeluarga dan my adik sekeluarga. My mom dan my adik dari Kelantan pergi awal sehari dari kami.

Aku ditugaskan untuk mencari tempat menginap dekat Lost World of Tambun. Bila pergi ramai-ramai pilihan terbaik untuk menginap adalah jenis homestay/guesthouse. Aku menggoogle di internet dan mencari homestay/guesthouse dengan tawaran harga yang berpatutan.

Aku menghantar sms ke beberapa pengusaha homestay/guesthouse yang dekat dengan Lost World of Tambun. Ada banyak pilihan homestay/guesthouse di sana. Bila dah rasa banyak homestay/guesthouse untuk disewa, aku minta my adik dan my mom pergi begitu saja tanpa booking pun. Lebih rasa puas hati.

Tapi… ada seorang pengusaha homestay/guesthouse ini telefon aku balik bertanyakan pasal penyewaan homestay/guesthouse mereka (jadi atau tak jadi). Aku cakaplah yang my mom dan my adik sedang dalam perjalanan. Kalau mereka sampai sana, mereka akan telefon pengusaha itu.

Akhirnya kami pilih juga homestay/guesthouse yang mana pengusaha itu telefon balik. Homestay/guesthouse mereka okey dan boleh tahan tapi tidak memuaskan hati kami saja. Apa yang kami tak puas hati pengusaha homestay/guesthouse minta bayaran penuh ketika my mom dan my adik sampai, dapur untuk masak tak ada (my mom belikan dapur letrik di Giant), periuk nasi letrik tak ada (minta baru dapat), aircond di bilik utama tak ada (hanya ada di ruang tamu), dan almari tv penuh dengan habuk. Malah aku sendiri tak jumpa dan kenal pengusaha itu. Nak balik pun, kami tinggalkan kunci dalam peti surat (pengusaha sendiri yang minta).

Cukuplah sekali saja menginap kat homestay/guesthouse sana. Lagipun banyak lagi yang lebih baik dari itu. Maaflah puan pengusaha homestay/guesthouse yer. Sebab itu aku tak ambil pun gambar homestay/guesthouse. Kalau korang nak tahu nama homestay/guesthouse apa, korang hantar emel saja.

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

One comment
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge