Jenis Penginapan di A Famosa Resort.

Dah kepenatan mandi dari pagi sampai petang.. hujan pun dah mula turun..apalagi mahu cari tempat beristirehat lah. Alang-alang dah boleh check-in, kemas-kemas barang terus cari tempat menginap di Condo D’Savoy.. Pelbagai jenis penginapan yang ada di sini antaranya hotel, villa, kondo dan apartment.

 

JTM telah menyediakan apartment untuk kakitangan mereka bermalam. Dah check-in, dapatlah Apartment Blok 1, Tingkat 13. yang mempunyai 3 bilik tidur 2 bilik air. Satu apartment untuk 2 atau 3 keluarga. MamaEma ada anak-anak dah besar, kami stay dengan satu keluarga saja. Bilik utama untuk keluarga lain, Mr Ery ambil bilik 2 dan 3.

Apartment Tingkat 13

Masuk key, buka pintu..masuk..terus teruja. Dalamnya sangat luas dan bersih. Sebelum keluarga lain sampai, MamaEma masuk kejap ke bilik utama. bilik pun agak luas dan selesa. Boleh tambah lagi katil kat depan ni.

 

Ini bilik kedua.. bilik ketiga pun sama macam ini juga. Bilik air di luar antara bilik kedua dan ketiga.

Tak ada pinggan mangkuk disediakan walaupun ada singki. Tak ada dapur..tapi ada peti ais kecil.

 

Ada disediakan air mineral, gula, uncang teh dan coffee serta pemanas air.

 

Siaran televisyen banyak boleh tengok..Tapi biasalah bila namanya family day kan.. Tak sempat nak tengok siaran pun. Malamnya ada dinner pula.

Ruang tamu tiada kipas, ada aircond.. Malangnya masa stay air-cond tak berfungsi. Tak sempat pun nak panggil maintenance. Lagipun dalam bilik air-cond semua okey. Terperuklah dalam bilik. Walaupun aircond tak berfungsi tetap puas hati dapat menginap di apartment 3 bilik ni.

 

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

6 Replies to “Menginap Di Apartment Blok 1 A Famosa Resort Melaka”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *