Mencari Segala Jenis Kerang Kupang, Mentarang, Lala Di Pantai Remis

Mimpi apa entah Mr. Ery nak cari mentarang. Sudahlah tak pernah beli, makan pun tak pernah lagi. Aku google katanya mentarang ini sedap dibakar. Banyak terdapat di kawasan belah utara dan area Kuala Selangor. Kalau Mr.Ery kata nak pergi cari, memang akan jadilah pergi ke tempat yang ada mentarangnya.

Pasar Pagi Pantai Remis, Kuala Selangor

Asalnya nak pergi hari Sabtu, disebabkan aku ada event di Genting Highlands..tunda ke hari Ahad. Bergeraklah aku dari rumah menuju ke Pantai Remis, Klang. Eh, rupanya ada dua tempat nama sama Pantai Remis ni yer…satu di Perak..satu lagi di Kuala Selangor. Betul ke? Aku pergi yang Kuala Selangorlah. Balik hari. Member opis pun pelik, sebab boleh balik hari pergi sana. Aku bagitahulah dah dekat.tidak sampai 1 jam perjalanan pun. Agaknya, mereka ingat aku ke Perak.

Disebabkan aku pergi hari Ahad, hanya tiga gerai saja yang buka. Kalau hari sabtu lebih meriah. Tapi rasa lega lah, berbaloi juga pergi hari itu, walaupun hanya tiga gerai yang berniaga..satu gerai ini ada mentarangnya.

Satu-satu gerai yang ada hasil mentarang. Harga RM14 sekilo. Murahlah kan. Ramai yang order bila tahu nak pergi sini. Dan ramai juga yang terlepas order, bila aku dah on the way balik selepas aku post kat FB. tak sangka pula ramai yang suka mentarang ni.

Rupa mentarang. Kulit sangat-sangat nipis. Balik rumah rendam, dan cuci bersih-bersih. Isinya agak liat sedikit beza dengan jenis kerang yang lain.

Untuk cari makanan berkerang, berbaloi datang sini. Tapi kalau nak beli lauk basah yang lain seperti udang, sotong dan ikan harga agak mahallah.

 

 

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

About Author

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

(3) Comments

  1. wah banyaknya kan, boleh la pergi nanti bila rasa nak makan kan. Terima atas perkongsian yang bermaklumat tu

  2. bestnya nih… fresh erk. Up satu menu mentarang sis.Tak pernah tengok pon masakan lauk ni.

  3. Oh beli dekat pasar dia hehe mula-mula saya ingatkan korek sendiri dalam pasir selut untuk cari kerang dekat Pantai Remis ni.

    Biasa nampak penduduk tempatan yang cari kerang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE