“Menate mung”, ini loghat Kelantan tengah marah. Kasar bunyi, tapi bukan menyumpah pun. Perkataan menate ikut loghat negeri Kelantan disamakan dengan binatang. Tapi siapa disangka perkataan ini menjadi sebutan bagi peminat yang suka makan steak iaitu Me’nate Steak Hub. Yea, sebutan memang menate..tapi maksud yang sebenar adalah “Men Ate”.
Me’nate Steak Hub Raih 2 Anugerah
Tahniah!!!, dalam masa 3 tahun sejak Syarikat Palace Buthcer Sdn Bhd mengambil alih kini telah berjaya meraih dua anugerah iaitu “Malaysia International Business Awars 2017- Excellence in Western Steak House” anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor pada 12 Disember 2017 dan “The Brandlaureate Best Brad in F&B – Steak House 2017-2018″ anjuran Asia Pacific Brands Foundation (APBF)” pada 8 Februari 2017.

Menariknya, selain menyediakan steak yang sudah dimasak. Ia juga sebuah kedai yang menjual daging mentah di mana pelanggang boleh membeli daging yang telah siap potong untuk dibawa pulang. Tiada bayaran atau caj tambahan dikenakan apabila daging itu dimasak untuk dimakan di restoran mahupun di rumah. Mempunyai pusat pemotongan dan penyimpanan daging (Central Butchery) sendiri untuk memotong, mengedar dan membekalkan daging mentah ke semua rangkaiaannya.

Harga menu adalah berpatutan dan bukanlah harga ribuan ringgit yang digembar gemburkan. Pilihan daging mentah pun dah diletakkan harga. Jadi, pilihannya adalah atas individu sendiri. Rasa mampu makan yang mahal, pilihlah yang mahal.
Rahsia Besar Kejayaan
Rahsia besar kejayaan Me’nate Steak Hub terletak pada kualiti daging yang dijual dan dihidangkan kepada pelanggan. Pelanggan boleh melihat dan memilih sendiri daging mana yang sesuai mengikut kemampuan. Selain steak, ada juga menu lain yang disediakan sepeti ikan, ayam, udang kara, spaghetti, bolognese dan lain-lain.
Selain kejayaan meraih anugerah, Me’nate Steak Hub juga telah menambah cawangannya di Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. Di Ampang juga ada. Mereka bakal meluaskan lagi perniagaan ini ke seluruh negeri lain. Sekali lagi, tahniah Me’nate Steak Hub. Apapun bagi aku makan dulu yer.
Selamat menjamu selera. Alhamdulillah balik kekenyangan dan seronok makan beramai-ramai macam kami ini. Semua enjoy.
Ada voucher diskaun, lepas ini bawa famili pula. Tak seronoklah makan berdua kan..lebih seronok makan ramai-ramai. Makan berebut gitu…
tahniah menate.. mama tak penah merasa lagi walaupun dah lalu lalang byk kali depan kedai dia
kalau mai sini kena mmg rasa confident sgt halal toyyiban nya kaaan
azni recently posted…Bukit Gasing untuk beginner
Nak gak menate.. tengah nangis tepi bucu katil ni.. huuuu
dah lama tak makan sini… mula2x masuk malu je nak pilih daging.. haha blur jap masa tu..
Bukan senang nak dpt anugerah dalam F&B ni sbb terlalu byk restoran di pasaran. So, tahniah Me’nate!
Wah bagusnya,Taniah la sebab dapat anugerah tu.Memang nampak sedap laa
Tahniah menate… Nak kena g sini la nanti
Wahhh tahniah, kena cuba jugaklah makan kat sini. Lama dah teringin!
Tahniah Menate.. igtkan harga seperti yg org slalu ckp je. Rupanya ada byk pilihan
sedap tengok steak menate! nak gi jugak!
mohon belanja saya pelaseeeee… teringin nak makan