Aqeel Azwa Family Parenting Special Day

Sambut menantu sempadan golok

Lepas majlis kenduri mesti ada majlis sambut menantu. selang sehari keluarga perempuan pula bertandang ke rumah keluarga lelaki dekat dengan sempadan golok. memang dekat sangat kalau sungai surut, pergi sempadan jalan kaki je.

Mr. ery punya kerja ambil gambar dari jauh. sebab terlindung dengan kayu tu terpaksa aku rendahkan sikit badan.

kenduri kahwin sempadan golokDah besar anak dara aku ni sorang. tetiba rindu kat dia yang ada kat kampung. sepanjang cuti sekolah teman tok ma.

Persandingan di Machang18Bulan november memang musim tengkujuh bagi pantai timur. Masa majlis rumah perempuan Alhamdulillah cuaca cerah dan majlis sambut menantu ada masa cerah ada masa turunnya hujan.

Persandingan di Machang17Ramai juga yang ikut pergi ke majlis sambut menantu ni. Lebih 10 buah kereta ada. Masing-masing lepas kenduri, terus pergi destinasi sendiri. Ada yang balik KL, ada yang balik KB, ada juga yang melepasi sempadan. bila lagi nak pergi.

Persandingan di Machang19Teguk air nombor satulah anak-anak aku ni. tak kira sejuk ke panas tetap pilih ais batu.

Persandingan di Machang21“Adik, tolong ambil air kat mama, mama hauslah”. Pantang suruh Aqeel tolong ambil air, memang terus pergi. Dah isi penuh dalam cawan bila sampai kat tangan tangan mama dia tinggal separuh. Yealah, diminum sambil jalan.

Persandingan di Machang20Bila kita marah, dia senyum..nak marah pun tak jadi. lebih-lebih lagi ada tahi lalat manis kat atas hidung ni.

Persandingan di Machang22Aqeel dengan sepupu,Aiman. Hero buat gurau..buat ‘gocoh’…next year si Aiman dah tahun satu.

Persandingan di Machang25Kejap hujan kejap tak hujan, masa berdiri nak posing tak hujan pun..tapi bila nak zoom kamera hujan terus turun…cepat-cepat minta orang tu snap.

Persandingan di Machang27Berlari berteduh bawah garaj. hujan terus melebat membasahi bumi. hujan kejap-kejap. orang panggil hujan lalu.

Persandingan di Machang28Dah berenti pun hujan.sempatlah bergambar dekat banner pengantin baru ni.

Persandingan di Machang29Selesai sudah majlis persandingan adik ipar yang bongsu. Mertua pun dah lega majlis berjalan lancar seperti mana yang diharapkan.

Persandingan di Machang30Selamat Pengantin Baru untuk adik ipar, Hazirah dan pasangan Hanafi. Selamat datang ke keluarga Haji Haris dan Hajah Maimunah. Semoga berkekalan sehingga Jannah.

Persandingan di Machang06

Semua menantu orang kelantan, sorang orang KL..senang nak berhimpun bila musim raya. Ada juga dengar orang kelantan tetap nak pilih orang kelantan jadi menantu. tapi itu semua adalah jodoh yang ditentukan oleh ALLAH. tak ada pun atas pilihan orang kelantan sendiri.

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge