Macam dah lama tak dengar lagu Dato Seri Vida I Am Me ni.. Jom kita nyanyi dan joget sama-sama..ewahh… Alhamdulillah, sungguh tak sangka, aku salah seorang yang menang contest share dan komen live DSV Sayang-Sayang tempoh hari.
Menang Menginap di Homestay Vida Lavida
Korang pun tahu kan kes tengah panas yang DSV hadap sekarang ni. Sampai ada yang cakap boleh percaya ke tidak hadiah contest yang dia tawar. Ada lagi siap komen fake akaun orang-orang yang menang ni. Amboii, suka hati nak komen. Nak tahu fake ke tidak fake..search lah ikut nama yang dah terang-terang ada kat gambar tu.
Dapat tahu menang contest ni pun melalui rakan facebook yang hantar mesej cakap tahniah siap screenshot gambar DP Facebook. Betul-betul terkejutlah aku..rezeki menang contest dari orang yang ada nama macam Dato Vida ni. Terus rasa kenaling gitu…ala..rasa berdebar-debar…
Mana tak debarnya, homestay yang bakal aku menginap ini ada 20 kali ganda besar dari rumah aku sendiri. Belum lagi fikir dengan perabot-perabot yang ada dalam rumah hometsay tu.. perasaan nak masuk pun tak berani apatah lagi nak bermalam. Ada ketika terfikir, cancel lah hadiah yang menang ni..
Tapi, adik-adik suruh pergi…berangan orang-orang kaya..eh, ke situ pula…hahahaha…Yealah, nak stay rumah besar dengan keluar duit sendiri mesti berkira…ni dapat free…bila laginya. Aku pun contact lah orang yang bagi nombor untuk bagi maklumat penginapan. Boleh pergi dalam 10-15 orang dan BBQ. Kiranya, satu family lah aku bawa nanti. Adik-adik gerak dari Kelantan, aku dari KL , bawa ma dan abah mertua sekali.. lagi meriah.
Menghitung hari untuk pergi ke Ipoh. Cuma aku pun tak tahu yang mana satu rumah yang bakal aku menginap. tunggulah bila sampai ke Ipoh bulan November nanti. Korang boleh tengok lah kat facebook homestay Vida Lavida . Doakan aku, kot ada rezeki jumpa DSV kat sana sekali ke..
alhamdulillah,rezeki ema sekeluarga.Bestnya.. percutian kat homestay ni.. nnti share yea entri tentang homestay tu.Nak juga tau update terkini
tahniahhhhh rezeki kek ma ni,bestnyaaa
wow tahniah ema! bestnya rezeki menang penginapan, nanti cerita kat blog ya, teringin nak tengok rumahnya, best2
ajumohit recently posted…5 Tips to increase property value
Kamar tidurnya nyaman sekali. Cocok buat saya yang lagi demen berbulan madu.