Ketua Canseri punya turn, balik Malaysia.
Kenapalah cepat sangat bertukar pegawai-pegawai yang baik kat sini?
Sudahlah berjauhan dengan keluarga, pegawai di sinilah ibarat keluarga sendiri.
Baru bulan lepas keluarga SU3, balik ke Malaysia
Kali ini keluarga Ketua Canseri pula balik ke Malaysia.
Inilah kehidupan bila posting ke luar negara.
Bila pegawai-pegawai dah cukup tempoh, maka dipanggillah balik ke HQ atau ke penempatan lain.
Cuma akulah yang lewat datang ke sini.
Pegawai baru yang ditukarkan ke sini pun baik-baik juga.
Alhamdulillah.
Masa dapat tahu kena posting, macam-macam aku fikir.
Macam mana keadaan negara di sana?
Macam mana kerja di sana?
Macam mana dengan pegawai-pegawai di sana?
Especially, nak bekerja dengan pegawai yang tak pernah bersua yang jauh beribu batu dari keluarga.
Pelbagai kisah dan pengalaman dari orang-orang yang pernah pergi posting ni.
Orang luar akan kata bestnya dapat posting..seronoknya dapat kerja di luar negara.
Tapi orang luar tak tahu suasana kerja itu macam mana, persekitaran pula bagaimana.
Ada yang dapat negara yang best, kerja pula tak best
Ada yang dapat negara tak best, tapi kerja pula best
Ada juga yang dapat dua-dua best..ada dua-dua tak best
Atas rezeki masing-masing.
Macam aku kat sini, hardship country yang terkebelakang dari kemajuan, dihantar pengganti yang baik.
Bersyukur sangat.
Tapi ada juga terdetik perasaan cemburu pada mereka yang dapat pergi ke negara idaman.
Aku manusia biasa..perasaan cemburu mesti ada…peluang hanya sekali sahaja.
Eh, teremosi pula (^-^)
Memories bermula dari sini
Bila kawan dapat tahu aku kena posting, ada yang tanya siapa Duta kat sana? Siapa Ketua Canseri? Siapa SU3?
Duta belum ada kat sini.
SU3 sebelum ini, ramai yang tak kenal.
Sebut nama Ketua Canseri, ada yang kenal.
Bila tahu ada yang kenal…apa lagi koreklah dulu dengan kawan..tanya pasal KC.
“Best Ema, KC ko ni baik orang dia, ko jangan risau”
Lega sangat hati…tak fikir sangat dah pasal tempat hardship ni.
Sampai saja di Conakry, orang pertama yang jumpa KC lah..dia yang sambut di airport.. kebetulan SU3 masa itu cuti.
Malam itu, dibawa pula pergi dinner..kenal pula dengan wife KC.
Ya Allah, wife KC pun sangatlah baik, cakap pun lembut.
Rajin masak…dan selalu bagi makanan..
Sebulan dua..mesti dijemput ke rumah buat makan-makan.
Hujung-hujung hari nak balik ni pun, still lagi bagi makanan.
Dari cari rumah sewa, cari sekolah anak..KC join sama.
Barang-barang yang tak dibawa balik Malaysia, diberinya kat kitaorang.
Suami isteri sangat-sangat baik.

Dari luar, nampak tegas..muka serius.
Tapi suka mengusik..suka ambil gambar orang yang tak ready,
dan selalu berbelanja makan kami kat sini.
3 tahun aku kat sini, diberinya kami pakai dulu set karaoke, untuk hilang boring.
Sebelum fly, sempat lagi bagi iron stim untuk kami guna.
Lain-lain barang tak usah nak cakaplah, lagi banyak yang diberi dari kami bawa.
Hah, tengok..baik ke tak baik?
So, beruntung siapa yang kerja di bawah KC kat HQ nanti.
Balik Malaysia, harap dapat bekerjasama lagi dengan KC.
Walaupun ia agak mustahil..
Selamat kembali ke Malaysia KC.
Jasa KC sangat tidak ternilai.
Terima kasih kepada KC sekeluarga.
Fareware KC and welcoming new KC with KAT and New KC
InshaALLAH jumpa nanti di KL.
Alala sedih baca. Pasti ada hikmahnya..