Loading...
GovernmentOh MalaysiaPutaran Masa

Memetik kata-kata dari Kapten Norudin

Saya setuju dengan Kapten Norudin,MHI tv3

Beliau berkata,

Kita banyak kehilangan keyakinan terhadap Allah
Dimana sains berakhir, bermula kudrat Allah
Kudrat Allah bersama orang beriman
Orang beriman ini mestilah yakin dengan janji Allah

Masalahnya ramai yang mempertuturkan Allah sebagai pencipta di mulut tetapi bukan di hati
Dan ia adalah palsu!

Allah memberikan ilham pada kamu untuk mencipta pelbagai kenderaan, dan Allah lah yang membawa kamu sampai ke destinasi yang kamu ingini dan Allah juga boleh menyebabkan kamu terkandas dan sampainya kamu kerana rahmat Allah, bukan teknologi kamu.

Banyak teknologi menghancurkan umat,
Dibelakang teknologi adalah Allah yang menggerakkannya.

Semua rakyat Malaysia begitu taksub dengan teknologi,baik bangsa dan agama sehingga mengeluarkan andaian sendiri dalam setiap perkara,Allah melalui pada perkara yg berlaku, memberi amaran pada kamu semua, hati hati dengan permikiran, perbuatan dan langkah.

Sehingga peristiwa ini menghasilkan kebuntuan,

Kerana manusia telah lari dari maksud hidup, lari dari janji pecipta, berlakunya ini rahmat Allah untuk semua orang kembali ke jalan asal yang sepatutnya.

Dan semua baik bangsa dan agama, mereka juga mendapat manafaat dari jalan asal dan menyebabkan kesatuan hati kasih sayang

Kembali dengan pencipta dengan penuh rendah diri

Minta keluarga doa khususnya ber solat taubat, memujuk rayu Allah dan ketika inilah rahmat Allah akan turun ”

Xxxxxxxxxxxxxxxxx

Pandangan kapten sungguh menusuk hati,
Kata kata mempunyai kebenaran yg tersirat

Pada pandanganku,
Ketika mencari barang yang hilang
Kita membaca Al insyirah hingga lebih tiga kali barulah Allah membuka hijab kita
Sedangkan barang tersebut sudahpun berada di depan mata kita
Hanya disebabkan Allah menutup hijab kita,
Maka pandangannya lesap

Ketika mencari sesuatu yang hilang, mesti dalam keadaan bertenang,berzikir dan menyerahkan segala nya kepada Allah, Insha allah akan ditemui
Andai tidak, itu dinamakan tiada rezeki untuk kita

Allah tidak pernah menzalimi hambanya dengan musibah yang berlaku
Kerana Allah ingin mengajak semua umat Muhammad saw kembalilah pada jalan yang sebenarnya

Betapa ramai sibuk solat hajat , tahajud,dhuha kerana mahukan kesenangan hidup sewaktu kesusahan.
Sedangkan sedikit bilangan yang mahu sujud di malam hari ketika dia senang

Kita seringkali sujud kerNa mahu pertolongan Allah
Moga peristiwa ini akan mengubah tahap ibadah kita dari lewat kepada awal.

Sumber : Facebook Kawan

#doauntukpenumpangkruMH370

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge