Geli ke tengok gambar? Kalau geli tak payah tenung lama-lama. Nak tunggu anak-anak besar, macam-macamlah perangai ada. Anak perempuan lain cara, anak lelaki lain pula caranya. Budak buas boleh penyakit.. hah, dapatlah rasa.

Saja MamaEma share kat sini, nanti bila dah besar biar dia ingat biarpun ada kesan parut. Kisahnya, balik kampung untuk dua hari nak selesaikan kemasukan penyewa di Casa Emarieys. Sampai di kampung jam 3.00 pagi.. kami yang dewasa ni memang sambung tidur lah.. tapi yang anak-anak ni tak tidur langsung. Biasalah, ada geng..

Punca Mercun

Dah cerah tu, dengarlah bunyi meletup. Mula tu, ingatkan orang tengah tembak binatang dalam hutan.. rupanya bunyi mercun..ada dalam dua tiga kali bunyi mercunnya. Menjeritlah si ayahnya memanggil budak-budak masuk..pagi-pagi dah bising dengan bunyi mercun.

Aqeel masuk dalam rumah tengok muka tahan sakit, tangan disorok. Dia pun tengah takut ngadap ayahnya..tunjuk tangan, tengok kulit dah menggelembung…kena api. Mujurlah, mercun tak meletup..mahu hilang terus jari. Mercun bola pula tu. kesian ada..marah pun ada.

Yang tak jadi meletup sebab dibukanya mercun bola tu..kabat dikeluarkan. Time itulah pergi cucuh api lighter, apalagi terus menyambarlah apinya…melecurlah tiga jari. Paling teruk kena ibu jarilah.. sanggup Aqeel bertahan tak menangis padahal memang sakit sangat. Kta terpecik minyak panas pun pedih, inikan api terus.

Yang jadi semakin teruk sebab selalu dibasahkan dengan air. tambah lagi gelembung air bisa dah pecah. Dua tiga hari, tak kering-kering juga. Nasiblah adik ipar kerja jururawat. Bawa balik ubat-ubat cuci, Alhamdulillah selepas seminggu dah kering. Tak pergi sekolah seminggu, tangan berbalut..menulis pun tak boleh.

Ada satu hari, suruh dia pergi juga sekolah agama.. ustazah tanyalah kenapa tangan tu..”kena mercun”..sekali ustazah tambah “mainlah lagi”..

Kesan yang tinggal

 

Dah kena penyakit ni pun, nakal anak lelaki ni tetaplah ada. MamaEma nak tanyalah sesiapa yang tahu, boleh hilang tak parut kat jari Aqeel ni?

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

4 Replies to “Budak Buas Boleh Sakit”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *