Mamee Chef Day Out by Nuffnang.
Melawat kilang mamee di Melaka merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Tak disangka hampir 42 tahun syarikat mamee telah berada di pasaran hingga tersenarai di dalam papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur.
Produk mamee bukan sahaja di dalam bentuk mi sahaja. Pelbagai produk telah dikeluarkan oleh mamee seperti snek potato, minuman dan yogurt. Produk mamee juga selalu dijadikan hamper.
Antara produk mamee yang dipaparkan sejak tahun 1972 hingga sekarang.
Produk mamee yang terkini adalah Mamee Chef dengan tiga perisa utama seperti Perisa Laksa Kari, Perisa Tom Yam Thai dan Perisa Ayam Pedas Shittake. Kelebihannya ketiga perisa ini menggunakan teknologi mi tarik. Memang lain daripada yang lain.
Demo dari chef untuk membuat mi tarik.
Menguli tepung dan menarik tepung.
Hasil tarikan dan uli dari chef, adunan dah menjadi mi.
Bersama Datuk Pang Tee Chew, Pengarah Urusan Mamee-Double
Demo masakan salah satu perisa mamee chef.
Proses membuat mi
Beberapa proses dilakukan mengikut peringkat-peringkat untuk membuat satu produk berasaskan mi. Antaranya :
- Proses ‘mixing’
- Proses ‘rolling
- Proses ‘slitting’
- Proses ‘cutting’
- Proses ‘steaming’
- Proses ‘seasoning shower’
- Proses ‘frying’
- Proses ‘cooling’
- Proses ‘packaging’





Selepas proses pengeringan, mi akan digoreng. Ramai yang salah anggap adunan mi dicampurkan dengan bahan pengawet untuk ianya keras. Mi ini akan dimasukkan ke dalam proses menggoreng sebelum dibungkuskan.

Sebelum proses membungkus dan selepas mi digoreng, mi tersebut terlebih dahulu perlu didinginkan. Panas-panas terus masuk dalam pembungkusan memang tak tahan lama nanti.
Mi dah dingin dan dimasukkan dalam cup, pekerja akan memasukkan perencah serta sudu garfu.
Terus kepada proses pembungkusan.
Sejarah Mamee
Mengikut The Ramen Rater’s , Mamee Chef Perisa Laksa Kari berada dalam senarai 10 Mi Segera Terbaik Di Dunia pada tahun 2014. Dato’ Chef Ismail, seorang chef yang terkenal dengan masakan melayu bekerjasama dengan mamee dan mewujudkan resipi asal serta perasa dalam Mamee Chef. Dato’ memastikan rasa dalam setiap Mamee Chef sepertimana rasa masakan orang Malaysia di rumah.
Seronok pula tengok mesin yang sentiasa bergerak dan mereka yang sedang bekerja. Satu tugas yang bukan mudah kerana ianya perlu ketelitian dan pemerhatian sentiasa.
Produk berasaskan makanan dan minuman amat menitik beratkan tentang kebersihan tempat memproses. Kilang mamee memang mengambil berat mengenai kebersihan mesin dan juga pekerja mereka.
Salah satu produk mamee yang paling digemari oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Pekerja mereka tidak memakai sarung tangan ketika proses memilih mi kerana tanpa sarung tangan lebih selamat dari memakai sarung tangan. Setiap masa akan diperiksa dan dicuci tangan bagi semua pekerja.
Proses pengasingan mi yang di mana tong hijau masih boleh digunakan dan tong merah akan dibuang.
Proses pembungkusan bagi Mamee Monster Snek Mi.
Produk pertama keluaran mamee jenama Lucky.
Salah satu produk mamee keluaran 80-an yang pertama kali aku makan. menjadi kegemaran aku untuk meratah begitu sahaja. Sedap dengan kerangupannya.
Ini bukan nasi kempal tau tapi ini nasi ayam.
Tidak habis di sini. Selepas melawat kilang mamee, kami dibawa ke Mamee Jonker House Melaka di Jonker Walk. Di sini bukan kilang, tapi merupakan salah satu kedai yang menjual produk mamee.
Selain membeli produk mamee, di sini kami diberi peluang untuk menunjuk bakat menghias ‘cup’ mamee ikut citarasa sendiri. Malah berpeluang untuk memilih mi mengikut perasa sendiri. Dah selamat masak pun.
Selamat Datang ke Mamee Jonker House. Di tingkat atas adalah tempat untuk menunjuk bakat seni anda.
Terima kasih mamee. Terima kasih nuffnang.
Pengalaman yang menyeronokkan. Dan yang penting produk mamee adalah HALAL.
Klik Mamee Chef Facebook for more details and fun.
bestnya dpt join event nuff, satu pengalaman baru kan ema
ajumohit recently posted…Cerita Kursus OBS – Part 2
seronoknya dapat mealwat kilang mamee dan jumpa kawan2 blogger 🙂
Seronok juga Ema dpt melihat proses sehingga menikmati hidangannya. Bukan mudah nak dpt peluang begini.
Kakzakie Purvit recently posted…Masih aku ingat lagi – Kisah 8
Oh, Ema pun pergi juga ya! Tentu seronokkan bila dapat melihat sendiri pemprosesan sesuatu bahan makanan. Tak tahupun di Jonker Street ni ada Mamee Jonker House.
Mummydearie recently posted…Mommy, Abang dan makanan ….
Seronok dpt jenjalan tengok sendiri proses dia.
Aritu dpt invitation utk mamee ni, tapi tak hantar form pun..rasa diri dah tua nak join org muda..hehehee
Ujie recently posted…Si Penjatuh Hukum
camana nak join vent nuffnang yang macam nih ya ema?
ps: blog ema makin matang. lioke…
Nice post Ema! We have a great fun Saturday with Mamee Chef team.
cindyrina recently posted…SPONSORED 48HOURS POST: MAMEE CHEF FACTORY VISIT
Wah bestnye kak jenjalan lawat kilang proses mamee
Antara fav bro…. untung dapat pergi sana kan 🙂
Bro Framestone recently posted…Juara Cabaran Raja Tarik F&N 2014
Emm seronoklah dapat pengalaman macam ni..laa ingtkan mamee ni sekadar mee aje..ada lagi produk lain ekk..
Hafizul recently posted…Tip Murah Rezeki – Belanja Isteri
lama dah rupanya kilang mamee buka, dekat nak sebaya…heee. jenama mamee dah kenal/biasa makan dari kecik.
Denaihati recently posted…SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
ada dpt juga jemputan tapi xdpt join… best jugak la kan masuk kilang mamee
hafizi recently posted…Tip Meningkatkan Alexa Rank
bestnyer sis…dapat sertai event nuff. Lama juga ye jenama mamee ni dah ada 🙂
puteri kasih recently posted…Khasiat Susu
Hi Ema,
Salam perkenalan. best kan dapat peluang mcm nie once a while, teringat zaman2 rombongan zaman skolah dulu 🙂
Nadine recently posted…Mamee Chef Day
Sis ada juga ke time ni? tak perasan plak…Apa2 pun best kan.. xD
azwar recently posted…Mamee Chef – Malacca Factory Visit
Bestnyer dapat melawat kilang Mamee tengok sendiri prosesnya 🙂
Pengalaman berharga kan 😀
Myra Jay recently posted…Suplement menambah tenaga di bulan Puasan (Ramadhan)
Memang nampak bersih dan kemas laa kilangnya…
teringat zaman sekolah rendah dulu… balik sekolah mesti beli mamee…
Hairul HIssam recently posted…Cara Mendidik Diri & Anak Rajin Belajar dan Berjaya Score SPM. Terbaik Dari Pengalaman Saya Sendiri.
huiyooo…mamee tuu..nyum2
montana recently posted…Lagenda Piala Dunia
Cantik & terang gambar² ema ni. Daku pakai samseng tab jewr. Tapi memang best lah kan. Mcm rombongan jaman skolah ☺☺
Fiza Rahman recently posted…Selamat Hari ABAH
wow..bestnyer join event nuff..
lg best leh tgk sdiri pmbuatan mee..
lya suka mkn mamee chef kari n ayam.. mmg sdp
bestnyer join event nuff
lg best leh tgk sdri pmbuatan mee
lya suka mamee chef ayam n kari..mmg sdp
lyafrina recently posted…How To Train Your Dragon 2
Bestnya ema antara 60 orang yang terpilih..SA lambat reply memang x dapat pun masa tu..frust jugak…
suriaamanda recently posted…KLIHF @ PWTC Part 4
bersihnya kilang dia
teratur susun atur dlm kilang
mamee ni mmg sinonim ngan sis dari kecik
hehehehehhehe
ellynadyra recently posted…WW – 18/06/2014
aku suka mame yanga cekedis tu…
tukang karut recently posted…Masam Manis Masin Hidup Berdua… (Yang kecik2 tak termasuk) V2…
bestlah akak… saya aritu dpt gak tp x g biasalah kan… jauh.. hihii
baru tahu camni yer proses buat mamee
IntaNBerliaN recently posted…Komen dari rakan blogger berkaitan jantina anak
Own..pcl ingatkan dorang mmg letak banyank kanji dalam proses pembuatan mi mamee..
PCL recently posted…Datang gym bukan nak bagi otot besar..
Bestnye dapat pegi melawat kilang mamee.hehe
johny recently posted…Punca Kencing Manis Ketika Mengandung