Melaka Cari Coconut Shake Original, Keria Antarabangsa dan Durian Murah

Ini pertama kali aku minum coconut shake. Memang aku tak pernah minum sebab aku ingatkan ia ada letak susu. Memang silap besarlah, sedap juga coconut shake ni..terus beli yang ada aiskrim. Kawan opis yang bawa aku ke sini. Asalnya, berniaga di tepi jalan, bila dah viral dah ramai orang cari…jalan pula selalu jem.. kerajaan Negeri Melaka bagi tapak untuk buka kedai besar. Hebat sungguh..Memang luas pun kawasannya, tidak jauh dari tapak asal. Tapak asal juga masih beroperasi tapi untuk take away jer… kalau nak minum kat situ, kena pergi kedai.

Makanan Sedap di Melaka

Sampai sini pun agak lewat petang, diaorang pun tengah berkemas..Kedai tutup jam 6:30 petang. Nasib baik sempat beli, tapau bawa balik minum dalam kereta. Sedut sekali..dua kali..tiga kali…. habis licin. Lepas ini, datang Melaka mesti cari Klebang Original Coconut Shake. Hanya di Klebang sahaja. 5 hari kat Melaka, dua kali juga singgah.

Makanan Sedap di Melaka

Kuih Keria Gula Melaka

On the way balik tu, nampak pula signboard Keria Antarabangsa Limbongan. Berhenti beli kuih keria pula..Nak tanyalah, ini ke kedai kuih keria yang viral tu atau ini cawangannya? Rasa not bad lah, tapi  pernah makan yang lagi sedap..maybe time ni kuih pun dah sejuk kan..

Keria Antarabangsa

Keria Antrabangsa

Durian Murah di MITC

Sebelum datang Melaka, berpusing aku dan Mr Ery cari durian yang jual murah-murah.Sehabis daya mahu cari yang jual longgok…last-last tak jumpa pun..lain yang teringin, lain pula yang beli.. Tak ada rezekilah kan. Tapi masa di Melaka, rezeki dapat makan durian. Bos belanja. Kawanlah yang bagitahu yang aku ini memang hantu durian. Murahlah harga durian kat Melaka International Trade Centre (MITC). Kalau aku tak fikir pasal kawan seorang yang tak boleh bau durian ni, memang aku beli bawa balik dah..

Durian Murah MITC

Durian Murah MITC

Terus makan kat sini. Lagi seorang kawan entah mana hilang sebab langsung tak boleh bau durian..hahahaha..kesian. Kalau makan sini, dapat buah yang tak masak atau rosak ke..boleh tukar.

Durian Murah MITC

Kat depan meja aku ni, ada beberapa anak muda..hah, dua bakul penuh diaorang beli dan terus makan kat situ juga.. Kemainn penuh dalam bakul tu… nampak segan nak keluarkan semua…hahaha…makan jer lah…dah harga murahkan.. Terima kasih bos belanja saya makan durian!!

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1144 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

5 thoughts on “Melaka Cari Coconut Shake Original, Keria Antarabangsa dan Durian Murah

  • August 5, 2018 at 5:31 pm
    Permalink

    Eheh, Klebang tu kampung arwah my hubby tu. Tapi Dura sendiri pun tak sempat nak berjalan-jalan cari Coconut Shake tu kat sana sebab selalu balik time cuti singkat je uhuhu

    Reply
  • August 6, 2018 at 10:28 am
    Permalink

    Musim durian sekarang ni memang betul-betul menjadi. Kalau nak makan durian murah, beli lah pada waktu ini. Murah juga durian di Melaka rupanya, makan ramai-ramai sambil minum Coconut Shake Original memang kena dengan hidangannya.

    Reply
  • August 12, 2018 at 3:36 pm
    Permalink

    bagus ema sebab singgah tempat makan wajib kat melaka, aju pun baru pas ride pergi sana ngan hubby, memang best

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE