Meggi ketam alemy tunggu 2 jam

Ingat tak entry Cakk aaaa!!! gambar kaki ketam tempoh hari. Dah lama nak makan meggi ketam di Restoran Alemy dekat Cherang Ruku, Kelantan ini. tapi bila balik time orang ramai bercuti selalunya tak dapat nak merasalah. elok sampai kat kedai saja cakap dah habis..tak kesampaian nak makan setiap kali nak merasa.. dah tiga kali tau.

Maggi Ketam Sedap

Satu hari, bila ada orang offer nak belanja makan, cepat-cepat kami call dan booked untuk makan maggi ketam. terpaksa booking dulu, risau tak dapat nak merasa lagi..bila call cakap masih boleh..hati sangat lega… orang yang offer nak belanja makan malam tu tak tahu yang kami ni pergi booked maggi ketam pun…hehehe.
Walaupun dah booking, kami kena tunggu hampir 2 jam. tahap kesabaran kami masa itu memang sangat tercabar…fikirlah kenapa lambat sangat nak masak maggi ketam ini…dan semua yang datang pun memang dah buat booking… kami sampai jam 8.00 malam dapat makan jam 10.00 malam inikan pula yang baru sampai jam 11.00 malam..
Mungkin setiap meggi ketam akan disiapkan satu persatu mangkuk..itu yang mengambil masa yang lama..dan satu masalah adalah kekurangan pekerja sebab masa kami pergi hanya beberapa orang yang sahaja yang kerja…dialah tukang kemas, dialah tukang ambil order dan dialah tukang ambil bayaran.
Biarpun lama menunggu akhirnya puas hati dapat juga makan meggi ketam kat sini.
Teringat meja sebelah kaum cina yang ketuk-ketuk kaki ketam.

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

One thought on “Meggi ketam alemy tunggu 2 jam

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge